in

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

Ini pastinya berita baik untuk semua peminat penyanyi antarabangsa, Taylor Swift di Malaysia Budiey dapat info tentang Konsert Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR akan diadakan bulan Jun nanti. Wah, mesti gempak! Inilah antara usaha untuk meningkatkan lagi bilangan pelancong luar untuk datang ke Malaysia.

Taylor Swift sendiri telah mengesahkan bakal turun mengadakan sebuah konsert istimewa di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014, hari Rabu di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Tiket akan mula dijual pada 1 Mac 2014 melalui laman web www.ticketpro.com.my atau melalui panggilan telefon menerusi talian 03-78807999.

Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi persinggahan Taylor Swift menerusi siri jelajah konsert The Red Tour beliau selain Jakarta, Manila, Bangkok & Singapura.

Maklumat lanjut: taylorswift.com/malaysia

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

 

AirAsia syarikat penerbangan rasmi bagi Taylor Swift RED ASEAN TOUR YANG DIBAWAKAN OLEH CORNETTO DI ASIA TENGGARA

AirAsia hari ini mengumumkan akan menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi konsert jelajah pemenang tujuh kali anugerah GRAMMY Taylor Swift THE RED TOUR yang dibawakan oleh Cornetto, akan bermula di Asia Tenggara pada tahun ini. Taylor Swift akan menjelajah ke Asia Tenggara pada bulan Jun, dengan siri konsert di Jakarta, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

Sebagai syarikat penerbangan rasmi THE RED TOUR Taylor Swift yang dibawakan oleh Cornetto, AirAsia akan memperkenalkan pesawat eksklusif yang akan memaparkan bintang antarabangsa Taylor Swift ini.

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

Siegtraund Teh, Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia berkata

“Kami sangat berbangga menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi jelajah Taylor Swift di Asia Tenggara, yang dinamakan THE RED TOUR, sinonim dengan warna koperat AirAsia. Jaringan laluan AirAsia yang kuat di Asia, terutama di Asean kami adalah yang terbaik menghubungkan Taylor dan krew beliau ke semua destinasi jelajah ini. Peminat Taylor Swift boleh melihat pesawat Airbus A320 istimewa Taylor Swift yang akan mula mewarnai langit biru Asean RED pada bulan Jun ini.”

“Kami sentiasa melihat penjenamaan ke tahap yang lain di AirAsia dan peluang untuk berkerjasama dengan Taylor dan pasukan beliau yang menjadi satu lagi penanda aras bagi kami dalam usaha menerus membina jenama AirAsia di peringkat global. Kami akan menganjurkan peraduan di seluruh jaringan kami yang pasti akan menjadi hadiah istimewa bagi peminat beliau.”

The RED Tour oleh Taylor Swift menjanjikan persembahan dengan dua pentas, kostum, penari-penari, dan pertukaran set. Taylor menjanjikan tempat duduk yang terbaik kepada peminat berliau. Taylor bermain instrument gitar elektrik, banjo, piano dan gitar akustik dan pertukaran pelbagai kostum sepanjang persembahan. Beliau akan memainkan beberapa lagu dari album pecah rekod beliau RED, dan persembahan lagu-lagu yang menjadi sanjungan para peminat.

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

Taylor Swift yang juga menulis kesemua lagu-lagu beliau sendiri, adalah pemenang tujuh kali Anugerah Grammy dan adalah pemenang termuda dalam sejarah anugerah industri muzik yang paling berprestij ini, anugerah GRAMMY bagi Album terbaik tahunan. Beliau adalah #1 artis muzik digital sepanjang zaman, datu-satunya penyanyi wanita dalam sejarah industri muzik (dan artis yang keempat keseluruhan) hingga untuk kali kedua mempunyai album yang mencecah 1 juta jualan pada minggu pertama,  dan adalah artis pertama selepas Beatles (satu-satunya penyanyi wanita dalam sejarah) yang kali keenam atau lebih #1 tiga kali berturut album studio. Taylor mempunyai album di dalam senarai Top 50 Greatest Album of All Time (kategori wanita) oleh Rolling Stone, majalah Time telah senarai beliau dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia, dan beliau adalah wanita paling muda senarai Billboards Woman of the Year. Taylor yang dibawah Big Machine Records, mempunyai rekod penjualan melebihi  26 juta album dan 75 juta lagu yang dimuat turun seluruh dunia, dan mempunyai lagu sulung di carta terbaik seluruh dunia.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Pertama Afgan Live in Malaysia di Istana Budaya

Amy Mastura Jadi Hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013