in

Konsert Rhythm Of the Soul Menampilkan OPICK

KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

JEMPUTAN KE KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

Musleem Records & ILuvIslam Radio akan menganjurkan sebuah konsert yang julung-julung kali diadakan di Malaysia yang menggabungkan Opick dari Indonesia yang digandingkan bersama pengalun-pengalun Zikir terkenal dari Malaysia dalam sebuah konsert khas yang diberi nama ‘Rhythm Of the Soul’.

Rhythm Of The Sou

Program : Konsert ‘Rhythm of the Soul’ : Di Bawah LangitMu
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam KL
Anjuran : Musleem Media & Iluvislam R adio
Feature : Opick (Tombo Ati, Indonesia)
Jemputan Khas : Ustaz Amal, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Munif, Ustaz Hazamin dan Hafiz Hamidun

“Rhythm Of the Soul” atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa, adalah tema diketengahkan kerana ummat Islam haruslah memperbanyak zikir dan tasbih dan ini nyata seperti tercatat dalam Surah al-Israa, ayat 44, maksudnya, “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.

Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun”. Dalam Al Quran surah Ar-Ra’d ayat ke 28 pula dicatatkan, “Ketahuilah dengan ‘dzikirullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Opick

15 April 2012 – Gambar Opick ketika sesi bertemu peminat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Konsert ini antara lainnya bertujuan untuk menyatukan ummah di dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tanpa mengira berbeza latarbelakang. Selain itu, konsert ini buat pertama kalinya di Malaysia, yang mengasingkan penonton lelaki dan perempuan. Semoga majlis zikir dan ilmu seperti ini akan menambah keberkatan sekiranya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga, insyaAllah.

PENEMPAHAN TIKET:

Anda mahu membeli dan menempah tiket? Okay, Sila layari: http://konsert-ros.com/?page_id=128

Tentatif Konsert 20 APRIL 2012

7.45 pm Ketibaan tetamu
8.00 pm Ketibaan media
8.15 pm Ketibaan VIP & artis-artis jemputan
8.30 pm Konsert Rhythm Of the Soul
10.45 pm Tamat Konsert Rhythm Of the Soul (hari pertama)
11.00 pm Sidang Media bersama Opick & pengalun Zikir
11.15 pm Jamuan ringan
11.45 pm Bersurai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Natasha Hudson Nikah Dengan Carleed Khaza

Anugerah Sukan Negara 2011