in

Konsert Public Distortion 2017 Gabung PRIME DOMESTIC & XPDC

Pada 9 Disember 2017 depan, Oasis Square yang terletak ditengah pusat komersil Oasis Damansara bakal bergegar dengan Konsert Public Distortion 2017 yang bakal menampilkan 2 gergasi rock Malaysia iaitu Prime Domestic dan juga XPDC.

Walaupun Prime Domestic dilihat sebagai kumpulan baru namun nama dibelakangnya adalah yang cukup berpengalaman antaranya ialah Joe bekas pemain gitar kumpulan Wings dan juga Hillary Ang yang pernah beberapa nama besar kumpulan rock tempatan antaranya Search , dan dibantu oleh Aweera sebagai vokalis dan juga Fauzi sebagai pemain bass yang begitu berpengalaman dalam persembahan live dan pernah menganggotai kumpulan NRG dan juga Ainol pemain drum daripada kumpulan Kristal/Deja Voodoo spells dan Bunkface.

Konsert Public Distortion 2017

Kemunculan mereka di Konsert Public Distortion 2017 ini adalah antara yang ditunggu kerana mereka bakal mengeluarkan album sulung mereka yang bertajuk “Prima Domestika” dan bakal membawakan lagu-lagu terbaru mereka .

XPDC yang dibarisi oleh Ali , Izo ,Lola dan Eddie sebenarnya adalah kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan . Mereka adalah raja funfair dan membentuk trend dengan muzik Metal 60an , walaupun perselisihan faham dan telah membentuk 2 nama XPDC , antara mereka kekal dengan peminat yang tersendiri .

“Antara lagu yang dimainkan biasanya rahsia , saya suka buat yang orang tidak jangka . ia sesuatu yang diluar jangka”

Joe ketika ditemui semasa sidang media di Oasis Square , menjangkakan lagu-lagu yang dipilih tidak akan membosankan para penonton.

Beliau terus ditanya lagi mengenai lagu-lagu yang bakal dimainkan kerana sebelum ini persembahan Prime Domestic sentiasa membawakan lagu-lagu daripada kumpulan Wings .

“Sebenarnya saya tak perlu ulas perkara tu , sebab semua peminat Wings semua tahu , kebanyakkan lagu-lagu saya yang buat , saya yang design , pattern tu ada dalam diri saya , saya ada ‘right’ untuk lagu-lagu tu”

Konsert Public Distortion 2017

Konsert Public Distortion 2017 juga bakal menjanjikan sound system dan kualiti lampu yang terbaik .

“Saya ada team yang sudah 15 tahun bersama saya , kualiti lampu yang terbaik . Kita boleh tengok kiri kanan lokasi konsert ini mempunyai kedai makan dan minum , kita akan letak lampu disetiapnya dan untuk sound system saya akan pastikan ianya berkualiti tinggi”

Lokasi konsert yang sebenarnya terdapat juga kolam renang , akan turut dikeringkan dalam memberikan sebenar definasi ‘rock garden’

“Konsert ini seperti ‘rock garden’ , ada ‘roof top’ tempat untuk menonton konsert , dari segi suasana pada malam itu , ia santai , sesuai untuk family . Tempat ini tak pernah orang terfikir untuk buat konsert rock . Malam itu kita akan jadikan ia ‘town of rock’ ”

“Dari segi konsep ia adalah santai/family dan terasa terkurung dalam pagar” jelas Joe

Konsert Public Distortion 2017 anjuran bersama J&J Rochestra dan Life Space di Oasis Square , Oasis Damansara bermula pada pukul 9 malam dan menelan kos sebanyak RM500,000 . Durasi konsert selama 3 jam .

Malah pihak penganjur juga merancang untuk membawakan kumpulan lain dengan menggabungkan kumpulan lagenda untuk membuat konsert .

Konsert Public Distortion 2017 juga telah berkerjasama bersama Grab , untuk memudahkan peminat hadir ke Oasis Square dan juga memberikan diskaun . Lokasi Oasis Square juga memudahkan para peminat yang hadir kerana mempunyai lebih 4 ribu tempat letak kereta .

Harga tiket yang bermula daripada RM68 boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com

HARGA  TIKET : CAT 1– RM  68.00 (Ticket Only)
: CAT 2– RM  83.00 (Ticket + Prime Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA )
: CAT 3– RM 118.00 (Ticket + Prima Domestic 1st Album PRIMA DOMESTIKA + Concert T-Shirt)
: CAT 4– RM 103.00 (Ticket + Concert T-Shirt)
: CAT 5– RM 200.00 ((Ticket Rooftop + Light Meal + Discount 40% for Official Merchandise))

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lindsay Lohan ‘Sentap’ Dengan JLo Sebab Tak Follow Twiiter Miliknya

5 Sebab Wanita Intelek Susah Dapat Jodoh