in

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konsert [email protected]

Konsert [email protected] bakal diadakan sempena karnival dua hari di Port Dickson pada 5 dan 6 Oktober ini.

Umum mengetahui, Port Dickson merupakan salah sebuah kawasan bersejarah di Malaysia. Bermula dengan menjadi pusat pelabuhan dan kem latihan tentera yang tertua di Malaysia kini menjadi lokasi pelancongan yang terkemuka.

Lokasinya yang begitu strategik serta mempunya gugusan pantai yang cantik dan bersih menjadikan ia sebagai antara destinasi utama pelancongan di Malaysia.

Konsert Picnic@Pd

M. Nasir & Awie Antara Penyanyi Popular di Konsert [email protected]

Terbaru, sebuah konsert akan diadakan di Port Dickson Water Front. Konsert yang dinamakan [email protected] itu dianjurkan Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat Madani (Madani), Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Muafakat Anak Muda itu. Antara penyanyi yang akan menjayakannya ialah Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Ito Blues Gang, Blank Gamma, Khalifah Band dan Wany Hasrita.

Konsert [email protected] bakal diadakan sempena karnival dua hari di Port Dickson pada 5 dan 6 Oktober ini. Konsert ini buat julung kalinya diadakan di Port Dickson diharap dapat menarik orang ramai datang dan menyaksikan keindahan dan tarikan yang ada di Port Dickson.

“Pelbagai acara menarik yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 5-6 Oktober 2018. Program ini juga sesuai untuk seisi keluarga.”

Penganjur juga turut melancarkan Tabung Wira Cilik Malaysia bagi membantu khususnya anak-anak Angkatan Tentera Malaysia.

Pada hari pertama, program akan bermula pada malam hari dengan Malam Hijrah bersama Selebriti yang menampilkan selebriti hijrah terkenal tanah air seperti Shamsul Ghau-Ghau, Zul Handyblack, Iwan Dangdut dan dR Sam. Isma Halil akan menjadi pengacara majlis pada malam 5 Oktober ini.

Konsert Picnic@Pd

Pada pagi 6 Oktober, program pertama ialah Zumba bermula jam 8.30 pagi dan disusuli dengan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada semua yang hadir.

Slot petang akan diisi dengan Konsert Indie di mana Gerhana Ska Cinta akan menjadi satu-satunya bintang pada petang itu.

Program kemuncak kami sudah tentunya pada malam 6 Oktober iaitu Konsert Picnic @PD yang menampilkan penyanyi terkemuka tanah air seperti Dato’ M.Masir, Dato’ Awie, Dato’ Hattan, Ito, Blank Gamma, Khalifah Band dan Wany Hasrita.

Pengacara Konsert Picnic @PD ini tak lain tak bukan ialah pelawak terkemuka Saiful Apek dan personaliti tv Shakila Ismail.

Pelbagai aktiviti menarik serta jualan makanan yang menjadi tarikan di Port Dickson.

Lebih menarik lagi tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai. Konsert ini PERCUMA! Jadi datanglah beramai-ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Faizal Tahir RAGAMAN Trending #1 di Youtube Malaysia

Media Prima Bags Four Trophies at The Marketing Events Awards 2018