in , ,

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Dari hasilan karya berjudul ‘HALU’ pada 2019 ke ‘RUNTUH’ pada 2021, FEBY PUTRI telah menyajikan enam buah ‘single’ untuk santapan para pendengar.

Pada 2022, berbekalkan 6 buah lagu tersebut dan ditokok dengan 4 buah lagu lagi, FEBY PUTRI melahirkan album sulung berjudul ‘RIUH’.

Gadis manis kelahiran Makassar, Sulawesi bernama Feby Putri Nilam Cahyani dengan nama pentasnya FEBY PUTRIini adalah bintang baru dunia maya muzik Indonesia. Capaian saluran Youtube beliau mencecah lebih 50 juta tontonan. Keistimewaan Feby Putri sudah pasti sebagai ‘singer-song-writer’ kerana kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah karya beliau sepenuhnya. 

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Pada usia 23 tahun, karya beliau menampilkan kematangan dengan elemen ‘transcendental’. FEBY PUTRI adalah suara millenia baru yang menggarap kisah kehidupan generasinya. Kekuatan karya beliau adalah pada luahan emosi, alunan melodi dan kemanisan bait bait kata. Sebuah rangkaian karya yang holistik. 

“Saya berkarya mengikut pengalaman serta idea yang tercetus mengenai kehidupan sendiri. Justeru, segala yang terzahir dalam tulisan karya saya datangnya luhur dari hati dan mungkin jadi faktor terpenting pendengar mudah menghayatinya,” katanya.

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Feby mengakui dia juga enggan menetapkan genre khusus untuk muziknya kerana dia mahu terus meneroka pelbagai genre segar. Menjadikan Isyana Saravasti selaku idolanya, dia ingin tampilkan banyak sisi berbezanya sebagai pengkarya muzik.

“Ramai yang menganggap muzik saya lebih kepada indie padahal sebenarnya saya sendiri mahu cuba pelbagai cabang muzik. Karya saya tiada batasnya bahkan mungkin boleh bertukar genre selepas ini tapi taklah tersasar jauh daripada identiti muzik asal saya,” katanya.

Pada Anugerah Muzik Indonesia 2022, FEBY PUTRI dicalonkan untuk 3 kategori dan memenangi Karya Folk/Country/Balada Terbaik. 

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Penampilan sulung FEBY PUTRI di Kuala Lumpur berlatarbelakangkan pentas bertaraf antarabangsa Zepp KL pasti akan menambat jiwa para pendengar yang dahagakan sajian halwa telinga bernafas baru dan segar. 

Tarikh 3 Mac 2023 adalah saat dan ketikanya, Feby Putri akan memukau anda dengan kelunakan vokal dan karya seninya. Pastikan anda hadir untuk menyaksikan seorang lagi sosok permata seni dari tanah nusantara ini.

Persembahan FEBY PUTRI akan turut diwarnai dengan lagu lagu berjiwa nusantara dari trio MAFIDZ selaku artis undangan.

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Tiket:

RM 125.00 – HALU – Cat 1 – Free Standing

RM 235.00 – USIK – Cat 2 – Premium Seat

RM 175.00 – CAHAYA  – Cat 3 – Normal Seat 

RM 4555.00 – RUNTUH – VVip Box – Meet & Greet+ Tshirt+Tote Bag+ Poster

RM 110.00 – Meet & Greet + Poster

Konsert Pertama Feby Putri di Kuala Lumpur Pada 3 Mac Ini di Zepp KL

Tiket konsert boleh didapati di iLasso Ticket www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan/makluman lanjut berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline 03-21706333.  

Ikuti laman sosial media @miebirdprojects untuk info terkini acara konsert FEBY PUTRI LIVE IN KL.  

hashtag: #febyputrikl #febyputrihalukl #miebirdprojectsfebyputri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aman Nassim Suntik ‘New Vibes’, Semangat Baharu dalam Single CUBA

Drama CYBER999 Semai Kesedaran Pengguna Internet di Malaysia