in ,

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

Ning Baizura

Konsert Pelangi Untukmu dari penyanyi Ning Baizura telah dijadualkan pada 21 September 2013 terpaksa ditunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Lokasi masih tetap sama iaitu bertempat di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Ning Bakal Perkenal Dua Lagu Baru

[dropcap]P[/dropcap]enundaan ini adalah bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

Menurut Ning Baizura:

“Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru ditetapkan.”

[pullquote align=”right”]Selepas kali terakhir mengadakan konsert dua tahun lalu, penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura bakal muncul dengan Konsert Pelangi Untukmu pada 16 November ini bertempat di TM Convention Centre, Kuala Lumpur jam 8 malam.[/pullquote]

Konsertnya ini pastinya dinantikan oleh peminat setia Ning yang sebelum ini berjaya dengan konsert solonya di KL Live.

Ning Baizura mensasarkan kehadiran seramai 2,000 hingga 3,000 penonton untuk konsertnya kali ini memandangkan harga tiket yang lebih murah serta ruang konsert yang lebih luas.

Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia.

Konsert Pelangi Untukmu akan banyak memfokuskan pengalaman peribadi Ning yang terkini. Pada malam konsert, Ning akan membawa para penonton mengalami fasa yang paling penting dalam hidupnya setakat ini, iaitu menyahut tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Segmen Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura

Konsert itu akan dibahagikan kepada 3 sesi berlainan untuk menggambarkan tiga peringkat dalam kehidupannya. Sesi pertama akan membawa penonton melalui pengalaman Ning bersama anaknya, dari hari pertama kandungan sehingga lahirnya putera kesayangannya, Ryan Sky Dalton. Ning akan seterusnya membawa Ryan ke atas pentas dan menyanyi kepadanya untuk meluahkan rasa cinta dan syukur dengan kehadiran Ryan di dalam hidupnya. Konsert ini akan diakhiri dengan Ning mempersembahkan lagu-lagu popular beliau yang akan dihadiahkan khas buat para peminat yang setia bersamanya selama ini.

Para peminat akan diberi peluang untuk mengalami persembahan Ning secara eksklusif dan diharapkan kenangan itu akan diingati selamanya. Budiey boleh andaikan konsert ini adalah konsert pertama yang bertemakan keibuan dan menunjukkan hubungan antara ibu dan anak di Malaysia. Sebelum ini, memang tiada penyanyi wanita yang mempunyai anak melakukan konsert seperti ini.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Pihak penganjur memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian. Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Budiey ucapkan semoga konsert ini berjaya mencapai sasaran dan meriah dengan kehadiran ramai peminat. Good luck Ning! Love! Budiey harus pergi konsert ini sebagai tanda sokongan.

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu Rasa Faris Awanband & Sam Kuman

Lirik Lagu Musim Asmara Soo Wincci