in , ,

Konsert NOAH Live in Kuala Lumpur di Stadiun Negara

Disebuah negeri yang nyaman sejuknya, Bandung , telah terlahirnya sebuah kumpulan yang bukan sahaja menjadi sensasi di Indonesia tapi ia terus popular di Malaysia . Kumpulan alternative pop rock, Peterpan bukan sahaja berjaya dari segi komersil tapi memecah tembok antara dua negara , menghasilkan karya untuk dinikmati tanpa sempadan .

Namun perubahan nama kepada NOAH pada tahun 2012 memberikan serba sedikit impak , mereka pernah mengadakan showcase di KL Live pada tahun itu juga malah sambutan juga memberangsangkan. Namun selepas itu nama NOAH terus hilang , dan yang hanya tinggal ialah lagu-lagu popular daripada legasi Peterpan yang terus menjadi siualan.

Konsert NOAH

Tapi tidak di Indonesia , NOAH meneruskan usaha untuk terus berjaya , tiada rehat buat mereka , album pertama dibawah nama NOAH “Seperti Seharusnya” (2012) terus menjadi sensasi menjadikan ia adalah jualan yang terhangat di Indonesia , dengan jualan 1.9 juta unit dan meneruskan dengan album “Second Chance” 2 tahun selepas itu .

Dengan rangka persembahan diseluruh pelusuk daerah di Indonesia , NOAH terus berdiri dikaki sendiri dan kini selepas 5 tahun mereka telah mengecapi kejayaan yang cukup manis , tidak hairanlah rata-rata penggemar seni yang ditemui disana mengangkat NOAH sebagai kumpulan No. 1 di Indonesia pada waktu ini .

“Ini waktunya kami memperkenalkan NOAH di Malaysia , yang sebenarnya NOAH hanya berganti nama sahaja . Orangnya tetap sama . Kita akan cuba perlahan-lahan”

Ariel yang ditemui ketika konsert “Road To New Album” mereka di Bandung , Indonesia . Album terbaru mereka yang masih belum diketahui tajuknya bakal dikeluarkan nanti , bakal mempunyai 10 buah lagu . Malah lebih menarik lagi NOAH bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert besar mereka di Stadium Negara pada 25 November nanti .

“Kali terakhir kami main di Malaysia sudah lama , yang showcase di Kuala Lumpur tidak dikira sebab hanya beberapa lagu yang kami main . Kiranya yang terakhir di Stadium Merdeka untuk konsert besar pada tahun 2006”

“Kiranya kalau sekarang lagi banyak lagu yang akan kami mainkan di Malaysia nanti kerana sudah lama kami tidak ke sana . Yang pastinya peminat Malaysia pasti akan melihat sesuatu yang baru dari kami”

Ariel tidak terlepas menceritakan untuk album terbaru mereka , yang telah dirakamkan diatas kapal yang belayar diatas laut selama seminggu lamanya . Menurut beliau akui dengan mabuk laut tapi akhirnya segala proses berjalan dengan lancar dan album mereka siap dirakamkan dan sehingga ke hari ini mereka masih merahsiakan tajuk album dan tarikh tepat untuk album ini berada dipasaran .

“Kami masih siapkan untuk single , insyaallah dalam proses . Album ini punyai 10 buah lagu . Album ini lebihnya penuh misteri bukan buat orang lain tapi buat kami juga . Single pertama kami ialah “Wanitaku” dan selepas itu baru keluar album . Kami pentingkan kualiti sebab itu tidak perlu terburu-buru ”

Hasil yang dilihat pada hari ini bukan sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah . Ariel sendiri yang telah melalui turun naik nama beliau dalam industry hiburan pastinya melihat NOAH pada hari ini dengan penuh puas hati , tapi ini semua perlukan pengorbanan

“Setahun NOAh penuh dengan 150 tour , kami hanya bercuti semasa Hari Raya sahaja. Ya , kurang manusia kami” kata Ariel jelas membawa gelak tawa daripada rakan NOAH yang lain , ia bagaikan pekerjaan yang tanpa henti buat mereka.”

Sambung Ariel lagi “Pada tahun 2012 pertama kali NOAH ada dan album kami keluar . Kami semua sedar dan sepakat dalam mengganti nama . Sejak itu kami tahu , kami kena kerja lebih. Kami semua memang rapat , kami juga meeting bersama untuk langkah-langkah seterusnya untuk terus membawa nama NOAH tapi yang pasti salah satunya kami kena kerja keras”

“Untuk mendendangkan lagu dimana-mana sahaja . Jadi orang akan terbiasa dengan nama NOAH daripada Peterpan . Ia konsep bersama kami yang dipersetujui sejak awal. Mungkin selepas album terbaru ini keluar dan kami buat promosi , selepas itu baru kami akan berehat.”

Merungkai bersama-sama kumpulan NOAH dalam membincangkan mengenai kejatuhan muzik pada waktu ini secara global yang turut melanda Malaysia dan Indonesia

“Saya juga melihat industry muzik kami 5 atau 10 tahun dahulu memang sangat maju , namun sebagai pemuzik pun penting , kalau tidak ada material yang enak , susah juga”

Selain dari isu cetak rompak atau pembajakkan , turut di tanyakan kepada Ariel mengenai pendapat beliau sebagai seorang pemuzik yang melihat material digital ini yang menyebabkan kejatuhan minat peminat untuk medapatkan album fizikal

“Kalau menurut saya , sebetulnya tidak ada perbezaan antara fizikal atau digital , apa yang berlaku sekarang adalah kerana trend , yang sekarang bergantikan muzik lain . Malah zaman sekarang gadget makin penting . Antara Iphone baru atau album baru , orang lebih suka bercakap tentang Iphone baru . Ia bukan sebab digital atau fizikal”

“NOAH dari segi album baru , kami explorasi , kami tidak tertekan apabila keluar album baru nanti , kami suka explorasi dengan teknologi baru”

“Kami akan cuba bertahan . Sama seperti McDonalds masuk di Indonesia , waktu itu semua hari-hari mahu makan McDonalds . Sama juga dengan muzik , yang saling berganti dengan teknologi . Bagaimanapun muzik akan terus diminati oleh manusia . Kami perlu bertahan”

Jelas pendapat Ariel yang melihat segalanya dengan positif , teknologi yang kita tidak perlu melawannya apa yang penting kita turut bersama-sama explorasi teknologi baru .

Buat peminat-peminat di Malaysia , NOAH secara julung kalinya bakal membuat konsert besar mereka di Malaysia pada 25 November ini , bertempat di Stadium Negara . Segala maklumat lanjut akan kami paparkan nanti.

Sumber: Rawk Portal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Live Music BUMIPUTRA ROCKERS Hard Rock Cafe Melaka

Muzik Video Terbaru I AM ME Dato’ Seri Vida Trending di Youtube Malaysia