Konsert Nancy Ajram in Kuala Lumpur 4 Ogos 2007

Penyanyi nombor satu di Lubnan dan digelar Ratu Muzik Arab, Nancy Ajram akan mengadakan konsert di Bukit Kiara Equestrian Club pada 4 Ogos 2007. Nancy Ajram Live In Concert bersama 12 penyanyi Malaysia ini akan dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Berkongsi dengan Mawi, Yasin, Betty Banafe, Waheeda dan Mohram. Turut sama Rifkee Banafe dan Cozzi Chong. Persembahan pertama kali Nancy Ajram di benua Asia ini dibawakan Smart Xs Consultant Sdn Bhd sempena Festival Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 hingga 27 Oktober ini. usaha itu mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Nancy bukan saja bersetuju menjayakan konsert di Kuala Lumpur dan Dubai tetapi juga merakamkan lagu tema Festival Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ciptaan Yassin bersama penyanyi Malaysia. Satu sesi bertemu peminat diadakan di Star Hill, Bukit Bintang pada 3 Ogos, diikuti majlis makan malam gala di Hotel Legend khusus untuk undangan khas.Tiket menyaksikan konsert dibahagi kepada tiga kategori mengikut lagu popular Nancy, Enta Eih atau Gold Pavilion RM215, Ya Salam (Silver Pavilion) RM165 dan Ehsas Jadid (Deluxe Pavilion) RM115.

Keep on play. Dengar lagu Enta Eih dari Nancy Ajram di sini:

Profile Nancy Ajram
Nama sebenar: Nancy Ajram
Tarikh lahir: 16 Mei 1983
Tempat lahir: Al-Ashrafia, Lubnan.
Adik beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Tinggi: 168 sm
Berat: 50 kg
Nama bapa: Nabil Ajram
Nama ibu: Rimonda
Warganegara: Lubnan
Kerjaya: Penyanyi
Album: Mehtagalak, Sheil 3younak 3anny, Ya Salam
Lagu popular: Akhasmak Aah, Ya Salam, Ah W Noss dan Ya Tabtab Wa Dalla.

photo nancy ajram

ALBUM NANCY AJRAM
Namun, album ketiganya, Ya Salam, membawa kejayaan paling besar dalam kerjayanya apabila mendapat sambutan hebat di Tanah Arab. Lagu-lagunya menjadi siulan dan namanya meniti dari bibir peminat. Album yang membuatkan sembilan lagu iaitu Akhamak Ah, Nasseto Garho, Ahla Gaw, Onta, Eynann Tara, Yay, Onta W Bass, Ashkaraballi dan Ya Salam itu menjadikan Nancy Ajram satu nama besar. Dia kini dianggap penyanyi nombor satu di Lubnan dan digelar Ratu Muzik Arab. Kemasyhurannya terserlah ke peringkat antarabangsa terutama di Eropah dan Amerika. Nancy menganggap kejayaannya itu hasil kerja keras dan sokongan padu peminat serta media.

KONTROVERSI
Nancy juga tidak lepas daripada kontroversi apabila ada pihak mempertikaikan tindakannya menjalani pembedahan muka. Nancy menjalani tiga pembedahan plastik untuk mencantikkan wajahnya. Selain itu, penampilannya yang menggoda dalam klip video Akhasmak Aaah juga mendapat kritikan. Dalam klip video itu Nancy tampil sebagai pelayan di kedai kopi dan menari mengelilingi pengunjung di situ. Malah, konsertnya di Berlin, Jerman baru-baru ini dikatakan gagal kerana mendapat bantahan daripada masyarakat Arab di sana. Mereka juga enggan menggantung posternya berhampiran kedai mereka kerana menggelarkannya simbol seks. Bagaimanapun Nancy menafikan semua itu dan menyifatkannya hanya khabar angin. Selain itu, Nancy juga menjayakan konsert bergerak di enam lokasi di Amerika Syarikat selama dua minggu awal bulan lalu. Ia mendapat sambutan hebat terutama di Detroit yang disaksikan lebih 4,000 penonton.

[tags]Haifa Wehbi, Nancy Ajram, Lubnan singer, Ratu Muzik Arab, konsert nancy ajram kuala lumpur, Bukit Kiara Equestrian Club, Sarimah Ibrahim, Mawi, Yasin, Betty Banafe, Waheeda, Mohram, lyric, download mp3 nancy ajram, muatturun lagu nancy ajram, arabic song, Rifkee Banafe, Cozzi Chong, Detroit, pembedahan plastik, botox, saloon botox, cosmetic surgery, bra, Access Hollywood, Al-jazeera news, simbol seks, symbol sex, rape cases, MSNBC.com, breast issue, breasts wear, Marhaba Lubnan, Jabal Lubnan, Lebanon News, photo nancy ajram, galeri, gallery nancy ajram[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Erra Fazira & Hans Isaac Sensasi Gambar Kenangan

Pemenang T-Shirt & CD Album Soundtrack Waris Jari Hantu