in ,

Konsert Mingguan Mentor 6 Pusingan Ketiga Kumpulan A

Tunjuk ajarku … SIFU! Masa semakin suntuk bagi para protege untuk membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha menempah tiket ke pusingan separuh akhir.

Hanya 2 pusingan sahaja yang tinggal dalam menentukan nasib mereka sebelum sesi penyingkiran yang bakal menamatkan perjuangan untuk merangkul gelaran Juara Mentor 6 dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100, 000!

Minggu ini tiba giliran Kumpulan A yang terdiri daripada Anas dan Faizal Tahir, Tisha dan Ferhad serta Zatul dan Ogy Ahmad Daud untuk berentap dalam pusingan ketiga! Mampukah Anas mengekalkan momentum persembahannya yang sedang mendahului pesaingnya Tisha dan Ana Syuhada? Apakah kejutan dan strategi yang disediakan oleh mentor masing-masing untuk meraih markah dan sokongan daripada para juri dan penonton?

Jangan lupa untuk menyaksikan pusingan ketiga Kumpulan A pada malam Ahad ini. Konsert Mingguan Mentor 6: Pusingan Ketiga Kumpulan A pada:

Hari/Tarikh : Ahad, 29 April 2012

Waktu : Konsert LIVE bermula 9.00 mlm

Tempat : Auditorium MBSA, Tingkat 3 (Pendaftaran Media) Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotels Gives Back The World’s Largest Online Travel Auction

Drama Seindah Sakura TV3