in , ,

Konsert MeleTOP TVS Bawakan Aura Borneo Ke Puncak Hiburan

Gandingan Artis Popular, Tradisi Borneo Dan Pop Urban Meriahkan Stadium Bandaraya Miri

Buat pertama kalinya dalam sejarah, program hiburan sensasi MeleTOP melebarkan sayap ke Borneo menerusi ‘Konsert MeleTOP TVS’ – sebuah acara muzik mega yang menjanjikan kehangatan luar biasa di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) pada 17 Mei 2025, jam 9 malam. Konsert ini bukan sekadar hiburan semata, tetapi manifestasi cinta terhadap seni dan budaya tanah air, dengan gabungan hebat antara lagu popular arus perdana dan warisan kebudayaan Borneo yang unik dan kaya.

Bukan itu sahaja, konsert ini juga boleh dinikmati secara langsung menerusi saluran TVS (122)Astro ONE, serta platform penstriman sooka. Jika terlepas siaran langsung, jangan risau – ulangannya akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, juga jam 9 malam.

Artis Ternama Dari Seluruh Malaysia Bersatu Di Pentas Miri

Barisan artis yang bakal menggamatkan pentas tidak main-main. Dari lagenda vokal seperti Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip, ke bintang versatil seperti Marsha Milan, Stacy dan Hael Husaini, sehinggalah ke wajah baharu yang sedang meningkat naik seperti Nadeera Zaini, Namie dan Dion Das, semuanya berkumpul dalam satu malam eksklusif yang bakal dikenang peminat di seluruh Malaysia. Turut serta menghangatkan pentas ialah Floor 88, DOLLA, Mimi Fly, Sada Borneo, Wani Kayrie, Noki dan ramai lagi.

Lebih menarik, acara ini turut diserikan dengan kehadiran Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020, yang akan membawa aura elegan dan semangat Borneo ke tengah pentas. Gandingan pengacara juga cukup mantap dengan kehadiran Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana dari MeleTOP bersama Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh dari TVS.

Konsert MeleTOP TVS Bawakan Aura Borneo Ke Puncak Hiburan

Astro & TVS Bersatu Angkat Seni Budaya Tempatan Ke Pentas Nasional

Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkongsi harapan dan kebanggaan Astro terhadap kolaborasi ini:

“Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP & TVS untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Stadium Bandaraya Miri pada satu malam yang tidak dapat dilupakan. Konsert ini bakal menyatukan artis seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya. Mewakili pihak Astro, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan konsert ini – TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri dan seluruh warga Sarawak dan Sabah atas sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian.”

Penaja, Rakan Lokasi Dan Aktiviti Menarik Sebelum Konsert

U Mobile tampil sebagai penaja utama konsert ini, dengan Super Kopi (TM) dilantik sebagai Kopi Rasmi. Sokongan penuh juga diberikan oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio rasmi, menjadikan konsert ini satu kolaborasi hiburan yang meriah dan menyeluruh.

Menjelang konsert, peminat juga boleh menyertai acara Hello Miri yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri. Ini adalah peluang terbaik untuk para peminat bertemu artis secara langsung, mengikuti pratonton kandungan Astro dan menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama selebriti seperti Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Adira, Tomok, Nikki Palikat, dan ramai lagi.

Tidak cukup dengan itu, peminat juga boleh mencuba nasib dalam Uji Bakat Kilauan Emas 2025 yang akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi sama. Sambil itu, pengunjung boleh singgah ke booth Astrountuk meneroka promosi terkini dan info menarik mengenai produk Astro.

Penstriman Lebih Mudah Dengan Astro ONE & sooka

Bagi mereka yang ingin menonton dari rumah, Astro ONE dan sooka menawarkan pengalaman penstriman yang selesa dan fleksibel. Dengan lebih 95 saluran, Astro ONE membolehkan pengguna strim di sehingga 4 peranti serentak – hiburan tanpa gangguan untuk seisi keluarga. Untuk pengalaman penstriman lebih mantap, naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya RM90/sebulan dan nikmati hiburan berkualiti tinggi dengan kelajuan maksima.

Untuk langganan atau naik taraf, boleh layari www.astro.com.my sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada malam paling meriah di Borneo ini.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air, Budiey sangat teruja dengan penganjuran Konsert MeleTOP TVS ini. Bukan sekadar satu konsert biasa, acara ini adalah simbolik kepada kesatuan Malaysia, yang merentas sempadan geografi dan budaya. Ini juga langkah bijak Astro dan TVS dalam menghargai dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia Timur, yang selama ini kurang mendapat perhatian arus perdana.

Cadangan Budiey, acara seperti ini wajar dijadikan acara tahunan, bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di Sabah, sebagai penghargaan kepada sokongan peminat setia di Borneo. Dengan kehadiran selebriti ternama dan aktiviti pra-konsert yang padat, Budiey yakin ini bakal menjadi antara konsert paling ikonik sepanjang 2025.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genting Sustainbiz 2025 Himpunkan Pemikir Dunia di Resorts World Genting