in ,

Konsert Reunion Mega Vaganza di Istana Budaya

Buat julung kalinya, pihak Astro dengan kerjasama Istana Budaya bakal mengadakan “Konsert Mega Vaganza Istana Budaya dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh” yang akan menghimpunkan para peserta daripada Gegar Vaganza 1 & 2 seperti Siti Nordiana, Ayai llusi, Farahdhiya, Ezad Lazim, Haiza, Rahmat Mega, Haleeda, Nassier Wahab, Zul Handy Black, Amir Ukay’s, Ifa Raziah dan ramai lagi di pentas berprestij Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut mulai 15 hingga 17 Januari 2016.

Untitled

Reunion Peserta Mega Vaganza Musim 1 & 2 Bakal Gegarkan Istana Budaya

[dropcap]K[/dropcap]onsert ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih buat peminat tegar program Gegar Vaganza yang sering memberi sokongan padu sehingga program ini berjaya mencipta fenomenanya tersendiri dalam industri muzik tanah air.

Gabungan barisan penyanyi otai daripada Gegar Vaganza 1 & 2 pastinya bakal menggegarkan pentas Istana Budaya dan mampu mencipta satu pengalaman indah buat para peminat.

Budiey dah tak sabar untuk menemui barisan penyanyi daripada Gegar Vaganza 1 & 2 seperti Siti Nordiana, Ayai Ilusi, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haleeda, Achong, Amir Ukay’s, Nizam Laksamana dan ramai lagi pada sidang media konsert ini yang akan diadakan tidak lama lagi.

Budiey dah tak sabar nak beli tiket. Berapalah agaknya harga tiket ni. Mesti laris kan?

Hasmiza Othman / Ajl 30

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosyam Nor Berlakon Dalam FIlem Kabali Bersama Rajinikanth

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Perform di Konsert Ulangtahun Indosiar Ke-21