in , ,

Konsert Marcell Dua Dekade Jadi Pertemuan Intim 20 Tahun Bersama Peminat

Konsert Marcell Dua Dekade Jadi Pertemuan Intim 20 Tahun Marcell & Peminat Malaysia

Jika anda ‘Menunggu’ bilakah tiba giliran penyanyi bersuara merdu dan menenangkan, Marcell Siahaan kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan, ‘Jangan Pernah Berubah’ dengan ‘Firasat’ itu. 

The Jay Events & Media tidak mahu menunda kehadiran Marcell yang bukan asing dalam kalangan pendengar di negara kita. 

Lantas, bertepatan dengan 20 tahun pembabitan beliau dalam bidang seni, pihak penganjur ini berbesar hati menghadiahkan Marcell Dua Dekade buat semua peminat setianya. 

MARCELL

Tanggal 9 Disember 2022, bertempat di Zepp KL, jangan terlepas untuk turut sama larut dalam lantunan merdu vokal Marcell yang diketahui telah mencairkan banyak hati sejak tahun 2003 lagi. 

“Kami di The Jay Events & Media sangat berbesar hati kerana dapat membawa Marcell kembali ke Malaysia pada tahun ini. 

“Kami tahu Marcell bukan asing buat peminat tempatan mahupun mungkin dari negara jiran seperti Singapura, jadi konsert ini juga sebagai satu projek istimewa bersempena dengan 20 tahun pembabitannya sebagai penyanyi solo yang masih mempunyai magnet dan pesona buat para peminat mereka,” ujar Shafik Jay dari The Jay Events & Media. 

Selaku ‘tuan punya badan’ yang diberi kesempatan untuk menyapa peminatnya setelah pandemik, Marcell melahirkan rasa syukur kerana ia menjadi sebuah kesempatan emas buatnya kembali ke Malaysia. 

“Syukur kerana saya masih punya kesempatan kembali menyapa peminat di Malaysia. 

“Pandemik adalah satu tempoh yang sukar untuk kita semua, tetapi seperti single yang saya lahirkan dalam fasa ini, Menunggu, saya fikir penantian kita semua akan berakhir dengan terlaksananya Marcell Dua Dekade. 

“Dan tentulah kerana ia Marcell Dua Dekade, konsert ini akan menjadi sangat istimewa dan intim buat saya serta peminat semua setelah kita melalui ujian dan kesukaran dua tahun kebelakangan ini,” ujar Marcell. 

MARCELL

Cukup digilai dengan lagu lagu bernuansa R&B dan soul seperti Firasat, Tak Kan Terganti dan Semusim, peminat juga kelak akan dihidangkan dengan single baharu yang diciptakan Marcell pada tahun lalu. 

Ia termasuklah Menunggu dan Akhir Cinta yang diciptakan sempena ulang tahun kelahiran ke-44nya pada 21 September 2021. 

Justeru untuk melihat sendiri persembahan Marcell Dua Dekade, jangan lupa untuk menjadi salah seorang pemilik tiket konsert ini. 

Tiket dalam beberapa ketegori bermula harga RM288 (Rock Zone), RM388 (Silver), RM488 (Gold), RM488 (Platinum), Diamond (RM688) dan VIP Box (RM7,888) sudah mula dijual di www.myticketasia.com

INFORMASI KONSERT 

JUDUL: : MARCELL DUA DEKADE
TARIKH: : 9 DISEMBER 2022
TEMPAT: : ZEPP KUALA LUMPUR
MASA: : 8.30 MALAM
HARGA TIKET:

: RM288 (Rock Zone) 

RM388 (Silver) 

RM488 (Gold) 

RM488 (Platinum) 

Diamond (RM688) 

VIP Box (RM7, 888) 

WEB PEMBELIAN TIKET: di www.myticketasia.com. 

page2image26099920.png

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Animasi Epik Tun Teja Lakonan Suara Fattah Amin & Datuk Rosyam Nor

Jom Meriahkan ‘RIUH BENOR!’ di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak