in ,

Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan Bakal Ubati Kerinduan Peminat

Buat semua peminat penyanyi legenda terkenal, Dato’ M.Nasir, jangan lupa dapatkan tiket untuk menonton Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan pada 23 November 2019, Sabtu, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah lelaki terkenal Malaysia, Dato’ M. Nasir dengan konsertnya yang akan datang sempena merayakan ulang tahun ke-40nya keberadaannya dalam industri pada 23 November 2019, Sabtu, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebagai mengenang suka-duka 40 tahun bergelar anak seni, legenda Datuk M. Nasir bakal menghadiahkan peminat sebuah konsert solo berskala besar pada 23 November ini.

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN

Dengan kerjaya yang merangkumi 40 tahun, Dato ‘M. Nasir bakal muncul dengan lebih intim dan peribadi merapati semua penggemar Malaysia dan serantaunya dalam “KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT – 40 TAHUN PERJALANAN”. 

Konsert ini bakal menyaksikan penyanyi dan komposer berusia 62 tahun itu bakal mempersembahkan lagu-lagu malar segar, sejak kemunculan pertama beliau pada 1979 sehingga kini.

Menyifatkan konsert tersebut sebagai ‘luar biasa’, M. Nasir yang mesra dengan jolokan ‘Sifu’ berkata, ia merupakan penghargaan terbesarnya buat para peminat.

“Ia akan ada satu sesi yang mana saya akan cuba menyanyikan beberapa lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi lain, yang mungkin orang tidak tahu itu adalah lagu yang saya tulis.

“Kalau lagu itu banyak, saya akan medley dan akan ada satu sesi santai dan intim untuk peminat,”

– Dato’ M. Nasir

Lebih istimewa, katanya, konsert kali ini memberi seribu satu kelainan apabila beliau turut mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya buat penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN
Turut hadir pada majlis tersebut penganjur dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn. Bhd., Shirazdeen Karim.

Konsert dengan durasi dua dan setengah jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya kerana beliau akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah lagu terkini dengan barisan lagu-lagu hits seperti ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, ‘Mentera Semerah Padi’ ‘Apokalips’ , ‘Keroncong Untuk Ana’ dan banyak lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut penganjur dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn. Bhd., Shirazdeen Karim.

Memilih untuk “merahsiakan” lagu-lagu yang bakal dipersembahkan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Mentera Semerah Padi itu mengakui bahawa berdepan kesukaran untuk memilih lagu-lagu untuk dipersembahkan pada konsert kali ini.

“Memang susah nak pilih (lagu) dan saya mendapat bantuan daripada beberapa individu termasuk pandangan pihak penganjur, Shiraz Projects Sdn Bhd.

“Pilihan mereka kebanyakan adalah lagu-lagu popular tetapi saya juga ada (lagu) lain yang saya mahu nyanyi. Tetapi pendapat mereka (mengenai pemilihan lagu) juga bagus dan perlu dipertimbangkan,”

– Dato’ M. Nasir

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Dato ‘M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati di mana beliau akan diiringi dengan band lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Terdapat juga segmen kejutan yang akan dipamerkannya di konsert itu.

Oklah, sedikit trivia tentang Datuk M.Nasir:

Dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura, Datuk M.Nasir merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia.

Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.

M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap empat dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

Datuk M.Nasir merupakan pelajar pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura dan asalnya mahu menjadi seorang pelukis.

Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura, Wan Ibrahim telah menjemput beliau menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang sedang meningkat popular ketika itu.

Konsert M. Nasir

Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak), RM160 (Gangsa).

Penjualan tiket konsert akan bermula dari 2 petang, 28hb Ogos 2019 di www.myticket.asia.

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT – 40 TAHUN PERJALANAN ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

Konsert M. Nasir

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT – 40 TAHUN PERJALANAN

Tarikh: 23 November 2019

Masa: 8.30 malam

Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Website: www.shirazprojects.com

Harga tiket: RM860 (Meet & Greet)
RM460 (Diamond)
RM360 (Platinum)
RM260 (Gold)
RM200 (Silver)
RM160 (Bronze)

Ticket: www.myticket.asia

Contact: 03 8605 0195

Info Hotline: 012 256 0082

Facebook: shirazprojects

Instagram: shirazprojects

Hashtag: #KonsertMNasirSatuHikayat

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN
KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN
KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Full List 2019 MTV VMAS Winners

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA