in ,

Konsert Lentera Muzika XPDC – Mencari Sakinah

Bagi mengimbau nostalgia lagu irama rock era awal 90-an kumpulan XPDC – Mencari Sakinah akan dipersembahkan khas bagi mengubati rindu buat para peminat XPDC pada 14 Ogos 2016, Ahad pukul 9.00 malam secara langsung di TV1.

Siaran Langsung Konsert Lentera Muzika XPDC – Mencari Sakinah di TV1

Malam ini XPDC akan menggegarkan pentas dengan membawakan lagu-lagu popular era kegemilangannya disamping penyanyi undangan iaitu Mus May dan Bandi Amuk.

Konsert yang bersiar selama 1 jam 30 minit tersebut akan mendendangkan lagu-lagu antaranya, Teman, Cinta Kenangan Silam, CINTA, Aku Masih Disini, Semangat Yang Hilang, Hentian Ini, Hidup Bersama, Selendang Merdeka dan banyak lagi. XPDC bakal menampilkan Ali penyanyi utama, Izo pemain Gitaris, Arip (Guitaris), Eddie (Bass), Lola (Drum), dan Mustakim pemain Keyboard.

Selain itu, konsert tersebut dipersembahkan dengan 8 orang pemuzik violin undangan dari Orkestra RTM dan penampilan istimewa Ijam Medicine.

Saksikan Lentera Muzika – Mencari Sakinah bersama XPDC, Mus May dan Bandi Amuk yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan program ini, masuk adalah percuma.

Konsert Lentera Muzika XPDC - Mencari Sakinah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8 Kemahiran Travel Harus Anda Kuasai Sebelum Usia 30 Tahun

Edrie Hashim, Pak Ngah & Ajai Cari Peserta Program 3 JUARA