in , ,

Konsert K-Pop Percuma di Malam Gala AWSM Korea 2021

Tanggal 26 September 2021, sejarah bakal tercipta apabila seorang jejaka Korea bakal dinobatkan sebagai juara Altitude World Super Model Korea 2021 (AWSM).

Bermula dari 10 peserta sehingga ke 6 peserta, kini hanya tinggal lagi empat saja finalis yang merebut tempat sebagai juara AWSM Korea.

Finalis berkenaan adalah Kwon Hee (29, Guru Bahasa Korea), Misha Choi (24, Guru English), Paul An (26, Siswa) dan Young Su (31, Model & Aktor). Pertandingan yang diadakan secara atas talian bermula 15 Julai 2021 turut menawarkan pelbagai gelaran yang terdiri daripada Most Rustic Supermodel, Most Idolized Supermodel, Super Somatic Supermodel dan Face Of Anas Abdullah. Bagi Face Of Anas, pemenang akan menandatangani kontrak bernilai RM200K. 

Konsert K-Pop Percuma di Malam Gala AWSM Korea 2021

Penentuan pemenang telah mula dilaksanakan melalui undian secara atas talian yang bukan saja untuk memilih pemenang tetapi turut menganugerahkan gelaran Most Idolized Supermodel. Tarikh tutup undian ini adalah pada 22 September 2021 dan dijalankan di media rasmi AWSM iaitu majalah Thekoreabuzz.com. 

Pertandingan ini diadili oleh juri profesional dari Malaysia, Korea, Thailand dan Taiwan. Youtuber terkenal Korea, Blimey telah menjadi juri profesional dari Korea bersama dengan pensyarah dan model, Aiden Kim.

Pereka fesyen terkenal dari Malaysia, Dato’ Seri Anas Abdullah bersama novelis, Marini Mat Zain dan bekas juru Solek Hanbyul, Emel Ismail bertindak sebagai juri dari Malaysia. Ed Hsieh dan Thanysa masing-masing mewakili Thailand dan Taiwan sebagai juri. 

Konsert K-Pop Percuma di Malam Gala AWSM Korea 2021

Dalam tempoh pertandingan, setiap peserta telah diberikan tugas yang mana tiga peserta telah tersingkir pada minggu ketiga pertandingan. Peserta yang digelar Muse dan tersingkir adalah Young Woo, Dean dan Roger. Muse bernama Misha Choi berjaya dan mendapat tawaran berlakon di Malaysia apabila dia menjuarai tugasan berlakon drama Melayu. 

Sempena malam final ini, bintang KPOP Hoon Doo telah diundang sebagai artis jemputan dari Korea untuk menghiburkan penonton yang hadir. Manakala artis Malaysia, One Avenue Band dan 7 Teen Band. Pengacara bagai malam gala ini masih dirahsiakan dan berkemungkinan juga ikon terpilih adalah bintang KPOP. 

Konsert K-Pop Percuma di Malam Gala AWSM Korea 2021

Selepas selesai AWSM Korea, pertandingan ini akan disusuli untuk Malaysia pula dengan singkat MY AWSM. Borang penyertaan untuk ini sudah pun diedarkan menerusi media rasmi AWSM. National Director bagi Korea dan Malaysia adalah Hyunmin-A.

Peminat dijemput hadir menyaksikan malam gala ini dan sambil menontonnya dengan menjadi penonton di aplikasi Zoom. Hanya 50 tiket saja yang akan diberikan secara percuma.

Penonton yang tidak dapat menonton di Zoom, anda boleh menonton secara langsung di laman facebook Korea Buzz. Program ini akan diadakan pada 26 September bermula jam 9 malam waktu Malaysia dan berakhir pada jam 11 malam.

Penonton yang bertuah juga boleh berborak dengan finalis secara langsung dengan menyatakan pasukan dalam borang yang disediakan. Jadi, apa tunggu lagi, dapat tiket ini sebelum 23 September 2021 di www.thekoreabuzz.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherie Merlis Terkejut Tidak Sangka Ada Yang Bertelingkah Gara-Gara Isu Bantuan KKM

Samsung Galaxy A03 Dilancarkan Dan Dijual Pada Harga RM559!