in

Penyanyi Popular Bakal Meriahkan Konsert Jom tonton

Kepada korang yang tak tahu nak buat apa esok, apa kata datang ke The Curve Mutiara Damansara, untuk menyaksikan Konsert Jom Tonton sebab ramai sekali penghibur dan juga penyanyi terkenal akan buat persembahan di sana. Konsert ini diadakan bersempena dengan ulangtahun Portal Tonton. Budiey percaya, korang pasti terhibur dengan persembahan gempak mereka.

Ya, esok 22 April 2017, satu lagi konsert PERCUMA untuk korang. Konsert akan bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Jadi, apa tunggu lagi, ajak kawan-kawan dan saudara mara semua datang untuk memeriahkan lagi konsert ini.

Konsert Jom tonton

Selain persembahan istimewa dari penyanyi terkenal, korang juga dapat menyertai pelbagai aktiviti dan boleh membeli belah di bazaar yang disediakan khas untuk korang.

Yang penting, korang boleh bertemu dengan Queen of Tonton iaitu Dato’ Seri Vida yang turut berada di sana esok. Selain itu juga tiga orang duta Tonton turut hadir untuk bertemu mata dengan korang semua. Mereka ialah Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack. Konsert ini juga boleh distrim LIVE di tonton.com.my dan aplikasi tonton jam 8 malam.

Antara penyanyi dan penghibur yang akan buat persembahan di Konsert Tonton ialah:

Elecoldxhot
Sufian Suhaimi
Kaka Azraff
Wany Hasrita
Ning Baizura
Bunkface
Ara Johari
Azlan & The Typewriter
Forteen
Juzzthin & ABON
Dr. Soo Wincci
Orange Tan
Jieying Tha
Elecoldxhot
Sofia Merican
Alvin Chong
Waris

Okay kita jumpa di sana ya!

Konsert Jom tonton

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem UNLOCKED

Adakah Kereta Mewah Audi R8 Ini Milik Aiman Tino? Trending di Youtube