in , ,

Konsert Jelajah Suria Akan Menjelajah Skrin Digital Anda 24 Mac Ini!

Khas buat mereka yang rindukan siri Jelajah Suria, buat pertama kalinya Suria akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital anda pada Rabu, 24 Mac ini bermula jam 9.00 malam.

Khas buat mereka yang rindukan siri Jelajah Suria, buat pertama kalinya Suria akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital anda pada Rabu, 24 Mac ini bermula jam 9.00 malam. Saksikan dan nikmati persembahan hebat daripada barisan artis popular dan juga lagenda seperti Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Sentuhan di Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan turut disiarkan secara langsung di frekuensi Suria FM. 

APPS-ALL-ARTIS_1920X1080

Walaupun dilakukan menerusi virtual, penonton juga boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung. 

Video Promo Konsert Digital Jelajah Suria :

Suria FM akan turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April ini. 

Bantuan Tunai Suria

Kempen ini akan memberi peluang kepada pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria. 

Pendengar yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana …… (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman web suria.my. 

Pendengar terpilih akan dihubungi penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan. 

Dayang Nurfaizah

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya. 

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

EMOJI Hati Hakim Khan Buat Ramai Cair

Three New Korean Dramas Coming to Viu in April