in , ,

Konsert Jelajah Journey To The Future Shila Amzah Pada 4 Mac 2023

Konsert Jelajah yang dinanti-nantikan itu akan membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2023, pukul 8 malam diikuti persembahan di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan Indonesia.

IMC Live Global dengan bangganya mempersembahkan Konsert Jelajah (Live Tour) “Journey to The Future” Shila Amzah. Konsert Jelajah yang dinanti-nantikan itu akan membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2023, pukul 8 malam diikuti persembahan di Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan Indonesia. Tiket akan mula dijual bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi.

KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Shila Amzah merupakan penyanyi dan komposer yang tidak gentar mencipta kelainan sepanjang kariernya dalam industri dengan merangkul pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara. Langkah seninya bermula seawal usia 4 tahun dan sejak itu, beliau bekerja keras menjadi antara penyanyi papan atas Malaysia sehingga mampu mencipta kejayaan demi kejayaan.

Lagu ‘Patah Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19). Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20).

KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Kehebatan Shila dalam pertandingan realiti nyanyian terbukti selepas beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).

Dengan bakat mempersembahkan lagu dalam 10 bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, Shila berhasil memukau penonton dengan kelantangan dan versatiliti vokalnya. Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China. 

KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Journey to The Future” mencipta sejarah baharu dalam karier Buah Hati Asia itu kerana ia adalah konsert jelajah pertamanya selepas bergelar ibu pada 2019. Penyanyi berbakat besar itu bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyanyi dalam lebih banyak bahasa asing dan menyelitkan tarian dalam persembahannya. Konsert Jelajah tersebut bakal menampilkan produser tersohor, Lee Nai Kong, selaku pengarah muzik yang akan menyelia sususan muzik dan hala tuju secara persembahan secara keseluruhan. Para peminat bakal dipersembahkan dengan pengalaman visual dan audio berkelas dunia apabila Shila menyampaikan katalog lagu popularnya termasuk lagu-lagu antarabangsa kegemaran ramai diiringi penuh barisan pemuzik (band) dan pemain instrumen bertali (string).

KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Tiket boleh didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.

Journey to The Future” akan meneruskan jelajahnya di bandar-bandar utama di Asia Tenggara. Untuk informasi terkini, layari Facebook atau Instagram @IMCLiveGlobal. 

KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Shila Amzah “Journey to The Future” Live Tour – Kuala Lumpur 2023

Tarikh Acara: 4 March 2023

Waktu: 8.00 PM

Lokasi: Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Harga Tiket: RM638 (VIP), RM438 (Cat 1), RM338 (Cat 2), RM238 (Cat 3) 

*Tidak termasuk yuran pengurusan

Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah

Jualan Awam: 16 Januari 2023, pukul 11 pagi

Platform Jualan Tiket: https://allaccess-asia.com/dan https://premier.ticketcharge.com.my/

Rakan Media Rasmi: SAYS

Stesen Radio Rasmi: ERA & SINAR

Rakan Penstriman Muzik Rasmi: KKBOX

OTT Rasmi: iQiYi

KONSERT TOUR SHILA AMZAH
KONSERT TOUR SHILA AMZAH

Info Shila Amzah

Shila Amzah merupakan penyanyi dan komposer Malaysia yang berjaya menempa nama di industri muzik tanah air dan antarabangsa. Mencipta kejayaan dalam beberapa pertandingan realiti nyanyian antaranya Juara Asian Wave (2012) dan The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022), Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China.

Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20). Lagu ‘Patah Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19).

Info Lee Nai Kong

Lee Nai Kong merupakan produser Malaysia tersohor yang amat mencintai muzik. Selepas tamat pengajian dari universiti, beliau menubuhkan 101 Studio yang kemudiannya disenaraikan sebagai antara studio rakaman dan produksi terbaik di Malaysia.

Nai Kong berpeluang berkolaborasi bersama Jacky Cheung sebagai penyusun dan Pengarah Muzik pertandingan muzik ‘Project Superstar’ dan ‘Friendz’ yang bersiaran di 8TV. Sentuhan seninya turut disiarkan di kaca TV antarabangsa menerusi TV Satelit JiangSu ‘Golden Melody’, ‘The Chinese Youth’ di iQiYi dan Anugerah Filem Hong Kong Ke-38.

Nai Kong memenangi Anugerah Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) (Penggubah) pada Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) pada 2007 dan Anugerah Belia Cemerlang Malaysia bagi kategori Pencapaian Kebudayaan pada 2014.

Info IMC Live Global

IMC Live Global merupakan sebahagian daripada IMC Group Asia dan berpangkalan di Singapura dengan rangkaian pejabat di China, Jepun, Malaysia dan Thailand. Syarikat ini fokus untuk mencipta dan membawakan pengalaman pertunjukan secara langsung (LIVE) berkualiti tinggi kepada penonton di seluruh dunia. Sepanjang tempoh 15 tahun, IMC Live Global telah mempromosikan lebih 450 persembahan berkelas dunia untuk 5.5 juta peminat di 48 bandar utama di seluruh dunia.

Untuk informasi lajut berkaitan IMC Group Asia: http://www.imclive-global.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Tahniah! AirAsia Terus Maju, Raih Anugerah di Putra Brand Awards

DDNK

DDNK Tak Setuju Dengan Gelaran ‘Penyondol’ Diberikan Kepada Isteri Ke-2