in

Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI

Pada 28 Oktober 2010, Khamis lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda di Ruang Suasar Pualam di Istana Budaya.

Untuk info pembaca, Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda akan diadakan pada 7 hingga 10 Januari 2011, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket kini sudah pun boleh dibeli. Harga dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305. Tiket boleh dibeli di kaunter Box Office, Istana Budaya dan secara online di laman web www.ticket2u.biz.

Konsert ini merupakan tribute Jamal kepada penyanyi lagenda nusantara seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi, Ismail Harum, Eddy Silitongga, Yopie Latul dan Datuk Ahmad Jais. DInyanyikan dengan diberi nafas baru dengan gubahan muzik yang lebih segar dari komposer Eddie Marzuki dan penampilan khas dari Datuk Ahmad Nawab.

Salah satu kelainan yang akan dilakukan oleh penyanyi bersuara lantang ini ialah penataan cahaya khas yang berkonsepkan PANI akan dipersembahkan kepada peminatnya yang hadir. PANI adalah teknik pencahayaan dari Austria yang direka khas mengikut mood dan suasana sewaktu persembahan berlangsung. Untuk konsep PANI sahaja, kosnya sangat mahal. Untuk satu malam, kos penataan cahaya boleh mencapai dalam RM20ribu. Namun, nasib baik kerana kawan baik Jamal Abdillah yang bernama Jamal sedia membantu untuk membawa konsep yang mengkagumkan ini. Difahamkan, konsep PANI ini adalah yang pertama dibawa ke Malaysia dan Asia Tenggara. Kalau anda masih ingat, konsep penatan cahaya PANI pernah digunakan semasa pembukaan dan penutup Piala Dunia 2010 yang lalu di Afrika Selatan.

Jamal Abdillah juga tak lokek untuk berkongsi bayaran untuk beliau sepanjang menjayakan konsert ini. Diberitahu, Jamal Abdillah akan dibayar sebanyak RM50ribu untuk satu malam persembahan. Jadi, kesemuanya 4 malam. Jadi, abang Jamal akan dapat RM200ribu!

Tahniah buat abang Jamal dan Budiey ingin mengucapkan selamat maju jaya. Semoga konsert ini akan berjaya seperti mana konsert beliau yang terdahulu.

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. kau bagaikn satu permata yg bersinar,bakat mu tiada tandingan suara dan gaya memikat ramai peminat mu,kejujuran dan keiklasan terpancar di mata mu takala kau menyampaikan setiap lagu2…lagu2 mu akan kekal didendangkan setaraf seniman2 agung tan sri P.Ramlee…aku mendoa kan agar kau sentiasa di lindungi yang maha esa…amin

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu’min

Video Flashmob Dokumentari P.Ramlee History Channel di Stesen LRT