in ,

Konsert Hore Hore Aznil Nawawi

Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman

Pada jam 2 petang 27 Januari lalu, satu sidang media telah diadakan di Bukit Kiara Equastrian Park untuk mengumumkan tentang Konsert Hore Hore oleh Aznil Nawawi.

Konsert Hore Hore oleh pengacara popular ini akan diadakan pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

Aznil

“Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert. Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah. Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman.”

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Aznil merancang untuk buat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.Untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut, Aznil akan mengamalkan latihan jasmani yang khusus.

“Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri. Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton.”

Aznil kini sedang sibuk dengan projek Hero Malaya di mana pada petang ini satu kerja amal diadakan di Carefour Wangsa Maju.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

Budiey doakan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan moga Aznil berjaya menghiburkan peminatnya dengan menjayakan konsert ini.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dinosaurs Roam Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Shila Amzah Wakili Malaysia di Konsert Asia Star Session