in

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Musim 5 Separuh Akhir

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Separuh Akhir) pada 11 November 2018 (Ahad), jam 9.00 malam yang bersiaran langsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam. Siapakah yang bakal tersingkir?

Perjuangan penyanyi Farawahida di pentas ‘GV5’ terhenti di pusingan suku akhir apabila diumumkan tersingkir kerana berada di kedudukan terbawah dengan markah sebanyak 61.5%.

Dalam cabaran konsert minggu keenam bertemakan ‘Terbaik Bos’ pada Ahad lalu, Farawahida telah memilih untuk menyanyikan lagu ‘Ayat Ayat Cinta’ yang pernah dipopularkan oleh Dato’ Sri Rossa. Walaupun sudah memberikan yang terbaik, namun prestasi Farawahida pada minggu tersebut gagal mecapai standard piawaian yang ditetapkan oleh barisan juri.

Malah, menurut Datuk Ramli MS selaku ketua juri, beliau berpendapat Farawahida telah melakukan banyak kesalahan daripada segi teknikal serta nyanyiannya juga sumbang. Faktor-faktor ini menyebabkan markah beliau dipotong sekaligus meletakkannya di kedudukan terendah.

Saingan di konsert pusingan separuh akhir yang bertemakan ‘Road To Final’ pastinya lebih sengit kerana para bintang buat pertama kalinya diberi cabaran untuk menyanyikan dua buah lagu bagi menempah tempat untuk beraksi di pentas akhir. Amelina diberi cabaran untuk menyanyikan lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ & ‘Tua Mengejar Kita’, Zamani (‘Di Matamu’ & ‘Dekat Padamu’), Mya Ruslee (‘Tiada Kepastian’ & ‘Ikut Rentakku’) Dia Fadila (‘I Don’t Want To Miss A Thing’ & ‘Pematah Hati’), Forteen (‘Potret’ & ‘Cinta Di Akhir Garisan’), Hetty Sarlene (‘Pencuri Hati’ & Kemaafan Dendam Yang Terindah’), Noryn Aziz (‘Dasyat’ & ‘Cintaku 100%’) dan Billy Zulkarnain (‘Mengenangmu’ & ‘Mulanya Di Sini’).

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Separuh Akhir) pada 11 November 2018 (Ahad), jam 9.00 malam yang bersiaran langsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Siapakah yang bakal tersingkir?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 20 Figura & Selebriti Menghiasi EH! Top 20 2018

Misha Omar, Noryn Aziz & Siti Sarah Bergabung di Konsert Soul Sisters 2019