in ,

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tukar Lokasi

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH DI KUALA LUMPUR KINI DI MINES CONVENTION CENTRE
– Pertukaran lokasi demi memastikan kualiti produksi dan keselamatan penonton terjamin

Pengumuman penting buat semua peminat-peminat Search yang bakal menyaksikan Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada 17 Disember 2011 ini. Pihak penganjur iaitu Oracle Accord Sdn Bhd telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa lokasi berlangsungnya konsert tersebut telah ditukar ke MINES CONVENTION CENTRE, MIECC dan bukan lagi di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Pertukaran lokasi ini dilakukan oleh pihak penganjur berdasarkan kepada keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini di Kuala Lumpur dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, mengatakan ribut Lani Na dan monsun hujan serius yang akan melanda beberapa minggu ini.

Menurut En. Jerome Lee, Pengarah Oracle Accord selaku jurucakap pihak penganjur, “Pertukaran ini adalah kerana kami amat mengambil berat akan aspek keselamatan para penonton dan juga ingin memastikan agar kualiti konsert ini tidak terjejas. Sebagaimana di Pulau Pinang dan Johor Bahru, saya berharap agar peminat-peminat Search akan turun beramai-ramai untuk bersama-sama merasakan pengalaman persembahan hebat daripada kumpulan rock legenda negara, Search”.

Tiket-tiket bagi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH masih boleh dibeli di cawangan-cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my dan berharga RM69.

Tiket yang telah dibeli untuk Padang Astaka pula masih boleh digunakan untuk lokasi baru di Mines Convention Centre, MIECC. Tiket yang dibeli secara online atau e-pay boleh ditebus di pejabat TicketHotline (Isnin-Jumaat, 10a.m – 7 p.m) atau di lokasi konsert pada hari tersebut.

Peminat-peminat SEARCH juga boleh melayari laman rasmi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di www.facebook.com/SEARCH30

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tony Fernandes Not Leaving AirAsia

Kejutan Mangkuk Tingkat