in ,

Afgan Bakal Perform di Konsert Era Sayang Sarawak

Budiey akan ke Kuching untuk Konsert Era Sayang Sarawak di Padang Merdeka Kuching pada Sabtu ini. Jom la datang beramai-ramai. Ada persembahan dari artis popular Afgan, Stacy, Akim & The Majistret, Black, Wanie Kayrie, Altimet, Lawa Nie Geng, Deasy Natalina, Mal Imran, iR.Radzi dan Nana Sheme.

Orang Kuching, see you there ya!

Afgan

Menangi Pass Rockzone Percuma Bersama Skuad ERA di Miri Sarawak 23 November Ini!

Berita gembira buat seluruh warga Miri! ERA fm Sarawak kali ini mengambil inisiatif untuk memberikan pas masuk percuma bagi Zon Rock Konsert ERA Sayang Sarawak disokong oleh Technology College Sarawak kepada peminat di Miri sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Paling menarik, warga Miri yang berhajat untuk hadir menyaksikan pentas Konsert ERA Sayang Sarawak disokong oleh Technology College Sarawak bertempat di Padang Merdeka, Kuching juga berpeluang memenangi Pass Rockzone ini dengan berjumpa Skuad ERA Sarawak bermula 23 November 2015. Lintasan istimewa setiap hari selepas waktu lintasan, sekitar jam 5.30 petang hingga 6.30 petang skuad akan mengeluarkan “clue” di Facebook & Instagram ERA fm Sarawak.

Pemenang Bertuah Bakal Diterbangkan Ke Konsert ERA Sarawak Secara Percuma

Untuk memenanginya, anda harus merujuk kepada “clue” tersebut dan kata laluan “Konsert ERA Sayang Sarawak” 5 pemenang akan dipilih dari hari Isnin hingga Jumaat. Kelima-lima mereka ini akan diberi cabaran oleh Skuad ERA pada hari Jumaat untuk memenangi penginapan 2 hari 1 malam, penerbangan pegi balik, jemputan ke Sesi Bertemu Peminat serta Pass Rockzone ke Konsert ERA Sayang Sarawak. Pemenang juga boleh membawa seorang lagi teman bersama. Tertakluk kepada terma & syarat.

ODS_997422 - Copy

Di Instagram, antara cara lain bagi memenangi pas masuk percuma ke konsert ini, peminat hanya perlu muat turun dan muat naik poster Konsert ERA Sayang Sarawak disokong oleh Technology College Sarawak dengan menggunakan hashtag #KESSTCS dan beritahu siapa yang ingin anda saksikan pada hari persembahan dan mengapa? Sepuluh (10) pemenang bertuah yang terpilih akan memenangi sepasang tiket masuk percuma Rockzone dan Sesi Bertemu Peminat bersama artis kesayangan.

Manakala melalui peraduan “on-air” anda juga berpeluang memenangi 4 pass Rockzone setiap segment dan jika jatuh pada jam bonus, akan akan mememenangi 4 pass Rockzone & 2 jemputan ke Sesi Bertemu peminat.

Stesen ERA fm Sarawak sentiasa memberi hiburan yang terbaik di Kuching dan buat pertama kali ERA fm Sarawak akan menganjurkan konsert terbesar pada hujung tahun ini dengan Konsert ERA Sayang Sarawak disokong oleh Technology College Sarawak yang akan menampilkan 12 artis tempatan dan antarabangsa.

Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm Sarawak sepanjang tahun ini. Para pendengar ERA fm Sarawak dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah percuma. Ini juga merupakan masa yang amat sesuai buat penduduk Sarawak bagi memulakan kemeriahan sambutan pembukaan awal tahun 2016 iaitu dengan menghayati persembahan anak kelahiran bumi mereka sendiri.

Konsert ERA Sayang Sarawak akan diadakan pada 12 Disember 2015, bertempat di Padang Merdeka jam 7.30 malam. Antara artis yang bakal menggegarkan malam kemuncak Konsert ERA Sayang Sarawak adalah Afgan, Akim & The Majistret, Black, Stacy, Altimet, Lawa Nie Geng, Deasy Natalina, Mal Imran, iR.Radzi, Nana Sheme, Wanie Kayrie dan Nadhar. Sebelum bermulanya persembahan, Skuad ERA akan bersama pendengar di atas pentas untuk lintasan istimewa dan sekaligus berpeluang memenangi barangan eksklusif ERA fm.

Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut mengenai Konsert ERA Sayang Sarawak ini.

Deasy pose 1

IMG_1655

Ir Radzi

LNGPic1

Mal Imran 1 - KESS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert Final GEGAR VAGANZA 2015 Dijual Setinggi RM1000?

Lagu Mana Yang Menang di Anugerah Juara Lagu AJL 30?