in

Konsert Ella di Istana Budaya

Budiey BlogJangan ketinggalan berhibur bersama Ratu Rock Malaysia, Ella dalam konsert sulungnya di pentas berprestij, Istana Budaya bersama barisan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Datuk Ahmad Jais dan Tunas Budaya. Pastinya konsert ini dinanti-nantikan oleh peminat Ella, memandangkan Ella sudah sekian lama tidak beraksi di pentas konsert.

Konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 ini dibawakan oleh Canon Malaysia dan dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Konsert Ella akan mengetengahkan lagu-lagu popular ratu rock yang terus segar hingga ke hari ini. Anda dinasihatkan membeli tiket lebih awal, kerana konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat dan penganjur menjangkakan tiket akan habis dijual seminggu menjelang tarikh persembahan.

Tiket-tiket berharga RM80, RM180, RM200 dan RM250 telahpun mula dijual pada 27 Mei 2010.

Maklumat lanjut, hubungi:
Kaunter Ticket2u
Istana Budaya, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur.
Tel : 03-4026 5558
Web: http://www.ticket2u.biz/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelakon Jelita Goda Duda Kaya

Maxis Launches The First White Beauty Blackberry