in , ,

Konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional 13 April 2019

Selepas mengadakan konsert yang bertaraf ‘sold out’ pada 14 November 2017 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam, penyanyi antarabangsa dan penulis lagu British, Ed Sheeran akan kembali menghiburkan peminat di Malaysia!

Budiey masih ingat lagi, Konsert jelajah Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017 begitu mendapat sambutan daripada orang Malaysia sehingga tiket habis dalam masa yang sangat singkat. Budiey pun ada dapat 2 keping tiket daripada penganjur ketika itu. Memang rasa cukup happy la dapat tiket free masa tu. Mau nak melompat kan? Berebut-rebut peminat semua nak tiket. Korang bayangkan, tiket habis dijual selepas 30 minit kaunter dibuka. Kau rasa? Memang gempaklah!

Mungkin sebab itulah kot, penganjur yang sama iaitu PR World Wide sekali lagi menganjurkan konsert yang diberi nama KONSERT ED SHEERAN. Ha… ringkas je nama konsert ni. Tak payah nak letak tour bagai kat situ.

Konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional 13 April 2019

Tiket Konsert Ed Sheeran Dijual Mulai 10 Januari Ini

Kali ini, Konsert Ed Sheeran akan diadakan 13 April 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Lokasi yang lagi besar dari tahun sudah. Tiket akan mulai dijual pada 10 Januari 2019 jam 10 pagi. Kita tengok nanti laku keras ke tidak! Lokasi dan venue tu pun lagi besar dari tahun sudah kan?

Selain Kuala Lumpur, penyanyi lagu Thinking Out Loud itu turut mengesahkan akan ‘turun’ ke Tokyo, Seoul, Osaka, Singapore, Bangkok dan Jakarta. Khabarnya, tiket konsert di Afrika Selatan yang akan berlangsung pada bulan Mac ini dah pun habis dijual. Hebat!

Single terbaharunya, Shape of You dan Castle on the Hill berjaya memukau peminat, dengan merangkul dua kedudukan teratas di seluruh carta muzik di dunia untuk beberapa minggu.

Tiket akan dijual pada harga RM488, RM358, RM298, RM198 dan tiket paling murah berharga RM98 (tidak termasuk GST) dan akan dijual mulai 10 Januari 2019 pada pukul 10 pagi di laman sesawang, www.prworldwidelive.com.

Konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional 13 April 2019
Ed Sheeran

Ed Sheeran mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada tahun 2015.

Sheeran antara artis paling laris di dunia dan album Divide memecahkan rekod Spotify, menarik 57 juta pendengar pada hari pertama disiarkan, hampir dua kali ganda berbanding jumlah tertinggi sebelum ini.

Selepas beberapa tahun membuat persembahan di jalanan dan bar, Sheeran mencatat kejayaan antarabangsa dengan lagu balada, Thinking Out Loud, pada 2014.

Konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional 13 April 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumar Fifty50 Nationwide Tour 2019

Ini Cara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sambut Hari Jadi Ke-40