in , ,

LoveLove CuteCute OMG!OMG! WinWin

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

Sembilan artis diketuai oleh Sunny Suwanmethanont dan Tor Thanapob

Bersempena sambutan ulang tahun ketiga pada bulan November yang akan datang, dimsum dengan bangganya membawakan konsert Thai pertama, dimsum THAI POP 2019 yang bakal dilangsungkan pada 10 November, 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam. Barisan artis jemputan untuk konsert ini terdiri daripada 9 orang, iaituSunny Suwanmethanont,Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9. 

(BM) resize_dimsum Thai Pop 2019

Pengenalan Artis-Artis Jemputan

Sunny Suwanmethanont merupakan pelakon yang disanjung ramai. Dia terkenal dengan wataknya dalam Dear Dakanda, dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik menerusi filem itu. Filem-filem terkenalnya yang lain ialah I Fine… Thank You… Love YouHeart Attackdan Brother of the Year. Dia digandingkan semula dengan Mai Davika dalam drama percintaan terbaharu, My Ambulance.

9BY9 ialah kumpulan vokal lelaki Thai yang debut pada tahun 2018. Mereka dikenali ramai menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan akan menyertai konsert ini: vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyongdan Ice Paris Intarakomalyasut.

Sky Wongravee NateetornBillkin Putthipongdan Thanaerng Kanyawee Songmuang ialah barisan pelakon muda yang berlakon dalam drama My Ambulancebersama Sunny. Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat terkenal dengan lakonannya drama Hormones: The Series. Dia dan Ice menyanyikan lagu tema drama tontonan ramai, My Ambulance.

Jadual Jualan Tiket 

Tiket pra-jualan akan dibuka kepada pelanggan aktif dimsum bermula 17September 2019 pada jam 12 tengahari melalui email bersama beberapa tiket VVIP eksklusif. Jualan tiket akan dibuka kepada orang ramai pada 19 September 2019, jam 12pm.

Harga tiket adalah seperti berikut: RM199 (PS3), RM299 (PS2), RM359 (PS1) dan RM599 (VIP). Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) .

Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari www.dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum  (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Facebook Contynues Berita Radio RTM

Muncul Semasa Fitting, Neelofa Terima Kejutan dari Tommy Hilfiger