in , ,

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour di Kuala Lumpur

Gandingan Mantap Hitman Solutions & Happymoon Mempersembahkan Konsert Istimewa Boy Band British Yang Terkenal

Suatu permulaan tahun baharu yang baik untuk syarikat penganjur acara tempatan yang kian mendapat reputasi di Malaysia, Hitman Solutions & Happymoon akan membawakan peminat muzik awal 2000-an sebuah konsert istimewa dari salah satu boy band terkenal di Britain, Blue.

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Konsert ‘Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour‘ akan berlangsung pada 10 Februari 2023, jam 8:00 malam, bertempat di Plenary Hall, KLCC yang eksklusif.

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Dalam satu kenyataan, Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Kami dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa salah sebuah boy band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya.” 

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Hitman Solutions dan Happymoon menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 dengan pelbagai konsert, bukan sahaja artis tempatan tetapi artis antarabangsa juga demi memenuhi permintaan peminat muzik yang mendambakan acara konsert terus-menerus.

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Menurut Encik Kesavan Purusotman, atau lebih mesra dikenali sebagai KC, Pengasas Happymoon berkata, “Kerjasama antara Happymoon dan Hitman Solutions telah mewujudkan impak yang positif di hati penggemar muzik di Malaysia. Ini terbukti dengan hasil sambutan ‘Ne-Yo Live in Malaysia’ yang sangat memberangsangkan. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap konsert dari pelbagai genre, dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik. 

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu sejak awal 2000-an dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai ‘Heart & Soul Tour’ untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang,” Encik KC berkata.

“Pada malam konsert, kami menjangkakan penonton akan bersama-sama menyanyikan lagu hit seperti ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘If You Come Back’ dan banyak lagi selain mengimbau kembali zaman percintaan di alam remaja,” kata Encik Rohit.

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Jualan tiket konsert ‘Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour‘ akan bermula pada 4 Januari 2023, yang terbahagi kepada 5 kategori utama, VVIP dengan ‘Meet & Greet’ (RM688), VIP (RM488), DIAMOND (RM358), PLATINUM (RM258) dan GOLD (RM188) di laman web rasmi www.hitmanlive.com.

Konsert Blue 20Th Anniversary Heart &Amp; Soul Tour Di Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hyatt Centric

Hyatt Centric Kota Kinabalu: Hotel Gaya Hidup Inspirasi Alam Semulajadi 

Ernie Zakri

This Is Ernie Zakri Showcase Hiburkan Peminat dengan Vokal Memukau