in

Konsert BIG STAGE Cover Dato’ Seri Siti Nurhaliza’ & ‘Cover Battle’

Konsert Big Stage minggu kelima bertemakan ‘Cover Hot List Digital’ yang lalu menyaksikan penyingkiran Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, setelah menerima undian terendah yang dihantar menerusi Aplikasi Tik Tok.

Walaupun mendapat pujian dan markah yang agak tinggi daripada Altimet yang merupakan juri jemputan pada malam tersebut, namun Tajul redha dengan keputusan ini dan bersyukur dengan pengalaman yang telah ditimba sepanjang beliau berada di ‘Big Stage’. Sewaktu konsert tersebut, Tajul telah memilih lagu Aman Aziz yang berjudul ‘Sulit’ untuk dipersembahkan.

Selain Tajul, peserta Afieq Shazwan juga turut berada di kedudukan bahaya tiga terendah bersama-sama Ariff Bahran yang telah diselamatkan menerusi kuasa ‘imuniti’ oleh Faizal Tahir pada minggu sebelum ini.

Dalam pada itu, para peserta dan penonton juga turut dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Faizal Tahir mewakili barisan juri yang mana mereka sebulat suara untuk memberikan cabaran tambahan iaitu cabaran ‘battle’ kepada peserta bagi menaikkan semula semangat juang mereka untuk terus kekal di ‘Big Stage’.

Dengan pengumuman tersebut, para peserta kini mempunyai dua tugasan iaitu ‘Cover Dato’ Seri Siti Nurhaliza’ dan ‘Cover Battle’. Untuk tugasan pertama, mereka perlu membawakan lagu-lagu pilihan Siti yang juga merupakan salah seorang juri tetap untuk program ini. Manakala untuk tugasan ‘Cover Battle’ pula, peserta akan digandingkan untuk menyanyikan lagu ‘battle’ secara duet. Bagaimana pula bentuk persembahan mereka pada minggu ini? Adakah mereka mampu menyahut cabaran yang diberi? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Big Stage (Minggu Suku Akhir) bakal bersiaran pada 9 September 2018 (Ahad), jam 9.00 malam @ Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Siapakah yang bakal melangkah ke final?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOOX Sambut Ulangtahun Ke-3 dengan Tremendous JOOX Live Concert

Peraduan Tiket PERCUMA FESTIVAL FILEM JEPUN 2018