in ,

Konsert Big Stage 2020 Minggu Kedua Bertemakan Hype Beat

Konsert pengenalan pertandingan nyanyian ‘Big Stage 2020’ di minggu pertama bertemakan ‘Starter Pack’ Ahad lalu cukup kontroversi sehingga mengundang perbalahan di kalangan netizen apabila salah seorang juri tetap iaitu Ajai sekadar memberikan markah sebanyak 2% dan kritikan yang cukup pedas kepada Dr Hafiz Zainal yang membawakan lagu penyanyi lagenda Frank Sinatra berjudul Fly Me To The Moon.

Selain Hafiz, Nana Sheme dan Amir Hasan juga turut menerima markah yang rendah daripada Ajai masing-masing dengan 21% dan 20% sehingga meletakkan ketiga-tiga mereka di kedudukan terendah apabila markah keseluruhan telah dicampurkan.

Namun begitu, tiada sebarang penyingkiran dibuat walaupun pada awalnya Amir Hassan diumumkan tersingkir setelah menerima undian online yang terendah di kalangan Hafiz dan Nana.

Ternyata, pengumuman tersebut hanyalah gimik semata-mata. Dengan keputusan tersebut, kesemua 12 bintang masih layak unuk meneruskan perjuangan di minggu yang kedua pada Ahad ini yang bertemakan ‘Hype Beat’.

Untuk tema ini, kesemua peserta diberi cabaran untuk membawakan lagu-lagu yang berirama rancak atau ‘fast beat’ yang boleh menaikkan mood dan semangat.

Adakah persembahan minggu ini bakal menebus semula kelemahan minggu lalu? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aidil Maula Pertaruhkan PEDIH Setelah Lama Pendam Rasa

Tania Hudson Dedah Mengidap Penyakit Arteriovenous Malformation