in , ,

Konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Telah Diubah Tarikh

Konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Ubah Tarikh Kepada 12 Oktober 2023

Konsert penyanyi, penulis dan pempengaruh popular Indonesia, Fiersa Besari yang dijadualkan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 23 Ogos depan ditukar kepada tarikh baharu. 

Konsert Pertunjukan Tunggal Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur itu dijadualkan semula pada 12 Oktober 2023, bagaimanapun masih mengekalkan ZEPP Kuala Lumpur sebagai lokasi. 

Pengarah Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya dalam satu kenyataan media berkata, meskipun sudah membuat pelbagai persediaan, mereka akur apabila tarikh konsert tersebut terpaksa dianjakkan. 

Konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Telah Diubah Tarikh

“Keputusan ini agak berat untuk kami lakukan, malah dengan rendah diri kami memohon maaf atas segala kesukaran disebabkan perubahan tarikh konsert tersebut. 

“Di sebalik apa yang berlaku, ia memberikan kami, termasuk Fiersa sendiri, lebih ruang untuk membuat persediaan supaya dapat tampil lebih maksimum pada konsert itu nanti. 

“Tarikh baharu itu dipilih dengan begitu teliti, selain mengekalkan lokasi yang sama untuk memastikan penonton mendapat kepuasan sepenuhnya menerusi persembahan hebat Fiersa yang begitu ditunggu-tunggu peminat,” katanya. 

Tambah Intan lagi, Seraya Group selaku penganjur komited dalam memastikan semua pemegang tiket menikmati pengalaman terindah sepanjang Fiersa beraksi di ZEPP Kuala Lumpur. 

“Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket mereka secara automatik akan dipindahkan ke tarikh baharu tersebut. Memahami kesulitan yang dialami, mereka akan diberi peluang bertemu Fiersa Besari dalam sesi eksklusif Meet & Greet nanti,” katanya. 

Konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Telah Diubah Tarikh

Pertunjukan Tunggal Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur 

bakal membawa penonton meneroka perjalanan kerjaya seni jejaka kelahiran Bandung, Indonesia itu sepanjang 14 tahun berkarya. 

Acara itu juga menjadi platform untuk mempromosikan karya Fiersa menerusi lima album yang dihasilkannya, termasuk album terbaharu, Berjalan Mundur yang menemui peminat pada November lalu. 

“Menerusi persembahan lagu popularnya, selain memperkenalkan rangkaian lagu terbaharu, konsert ini juga secara tidak langsung memberikan inspirasi dan keghairahan kepada peminat untuk meneroka karya yang pernah dihasilkan Fiersa,” katanya. 

Tiket berharga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk 8 orang) boleh diperoleh menerusi pautan: ticket2u.com.my

Untuk perkembangan terkini dan maklumat berkaitan konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur, layari akuan Instagram: @serayalive. 

Konsert Berjalan Mundur Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur Telah Diubah Tarikh

MENGENAI FIERSA BESARI: 

Dilahirkan pada 3 Mac 1984, Fiersa memulakan karier muziknya pada 2009 sebagai vokalis untuk sebuah band indie. Dia aktif merakamkan kerja muziknya hingga terhasilnya album sulung, 11:11 pada 2012. 

Album lain yang dihasilkannya adalah Tempat Aku Pulang (2014), Konspirasi Alam Semesta (2015), Album 20:20 (2020) dan Berjalan Mundur (2022). 

Kecenderungan terhadap muzik dan kecintaan terhadap sastera Indonesia, mendorong Fiersa menerbitkan enam buku antara 2016 dan 2019, selain dikenali sebagai antara pengasas komuniti Pencandu Buku

Karya yang dihasilkannya pernah meraih pelbagai kejayaan, malah memasuki senarai best seller. Enam buku yang dihasikannya adalah Garis 

Waktu, Konspirasi Alam Semesta, Catatan Juang, Arah Langkah, Album 11:11 dan Tapak Jejak

Fiersa turut menyalurkan minatnya terhadap alam dengan meneroka keindahan Indonesia menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram peribadinya. Dia juga aktif di platform media sosial seperti Twitter dan YouTube. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8 Band Bergabung Dalam Konsert 20th Anniversary Semangat Zaman

Sulur Nakasari 2.0 Nafas Gabungan Seni Tradisional Tari & Muzik