in

Konsert Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia

Sekali lagi, Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka pada 14 Februari 2014 ini. Konsert bermula jam 8.30 malam ini adalah anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

[pullquote]Setelah hadir pada tahun 2012, nampaknya kehadiran Avril Lavigne di Malaysia membawa aura dan buah tangan terbaru yang akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I’m with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.[/pullquote]

Menariknya, JS Concert telah mengadakan promosi istimewa iaitu dengan membawa peminat dan penonton yang bakal menyaksikan konsert Simple Plan pada 14 Januari depan untuk menyaksikan konsert Avril secara percuma.

Caranya mudah, penganjur menawarkan tiket Avril Lavigen untuk Rock Zone yang berharga RM198 dengan percuma bagi setiap dua tiket Simple Plan yang ditebus pada koncert Simple Plan, 14 Januari ini.

Walau bagaimanapun bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Namun untuk mendapatkan harga istimewa dengan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus, boleh diperolehinya apabila anda membeli tiket pada setiap hari Rabu mulai 14 Disember lalu hingga 31 Januari ini.

Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MTV Umum Conan O’Brien Hos MTV Movie Awards Ke-24

Juara Pilih Kasih Terpaksa Jual Botol Sara Hidup