in

Perubahan Tiket Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma

ANUAR ZAIN, BUNGA CITRA LESTARI & YUKA KHARISMA – LIVE IN KUALA LUMPUR PERUBAHAN HARGA TIKET MULAI 19 MAC 2018

DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kolaborasi istimewa dalam sebuah konsert antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam konsert yang berjudul ANUAR ZAIN, BUNGA CITRA LESTARI AND YUKA KARISMA – LIVE IN CONCERT.

Ketiga-tiga artis ternama ini akan berkongsi pentas buat kali pertama dalam konsert yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 28 April 2018 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik.

ANUAR ZAIN, BUNGA CITRA LESTARI & YUKA KHARISMA – LIVE IN KUALA LUMPUR PERUBAHAN HARGA TIKET MULAI 19 MAC 2018

Penyanyi tersohor ini akan membawakan lagu-lagu hits beliau dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan pelakon terkenal ini baru sahaja usai dengan konsert solo pertamanya di Indonesia. April ini akan menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia.

Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat nama ini mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem “Love Supermoon”. Penyanyi ini akan membawakan lagu- lagunya yang terdapat dalam album perdananya yang berjudul #1.

Konsert dalam durasi dua jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat khususnya peminat setia kerana mereka akan membawakan lagu-lagu hits mereka. Konsert ini juga merupakan acara yang dinanti-nantikan kerana kolaborasi ini belum pernah berlaku dan akan menjadi malam untuk diingati semua.

Pihak penganjur dengan berbesar hati mengumumkan harga tiket ‘repackage’ yang sudah boleh didapati di www.tickethotline.com.my mulai 19 Mac 2018. Tiket-tiket ‘repackage’ berharga RM1599 (VIP), RM1299 (Platinum), RM499 (Diamond), RM399 (Emas) dan RM299 (Perak). RM199 (Gangsa) dan RM159 (Biasa). Pembeli tiket yang membeli sebelum 19 Mac 2018 akan dibayar balik dengan sewajarnya.

Pembeli tiket bertuah berpeluang memenangi sebuah skuter dan 5 Iphone 8 dengan membeli tiket konsert. Pembeli tiket kategori VIP dan Platinum pula berpeluang menghadiri koktel pra-konsert, merchandise dan laluan khas ke Dewan Plenari.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 7725 1177/0122560082 atau lawati halaman Facebook DTA Fashion.

Anuar Zain, Bunga Citra Lestari And Yuka Kharisma – Live In Concert dianjurkan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd.

28 April 2018 8.30 malam

Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

RM 1599 (VIP), RM1299 (Platinum), RM499 (Diamond), RM399 (Gold) and RM299 (Silver). RM199 (Bronze) and RM159 (Regular)

www.tickethotline.com.my

03 7725 1177
012 256 0082
DTA Fashion
DTA Fashion
DTA Fashion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kugiran SINAR Bersama Shah SLAM

Apa Yang Menarik di FESTIVAL NADA PUITIKA