in , ,

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM & IOI City Mall Putrajaya Cipta Sejarah

Persembahan pembukaan daripada Hydra Band dan pertunjukan silap mata dari ‘Mark & Pinky’ telah mencuri tumpuan lebih 15,000 pengunjung Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria Fm x IOI City Mall Putrajaya yang diadakan di Symphony East, IOI City Mall pada 31 Disember 2022 (Sabtu) lalu.

Bukan itu sahaja, persembahan dari barisan artis popular seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee, Syameer Azmi, Zulhadi, Hasif Upin, Bil Musa, Bell Yu Tian dan Geraldine turut mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat yang berada di lokasi. 

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM & IOI City Mall Putrajaya Cipta Sejarah

Kemeriahan hangat terasa dengan kehadiran tiga penyampai Suria FM iaitu Shuib, Sharifah Shahirah (Rara) dan Suraya selaku host konsert pada malam itu. 

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM & IOI City Mall Putrajaya Cipta Sejarah

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Alhamdulillah, konsert ambang 2023 kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria yang sudi hadir memberikan sokongan.” 

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM & IOI City Mall Putrajaya Cipta Sejarah

“Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari Suria FM buat semua pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Kami berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama-sama meraikan kehadiran tahun baru sambil berhibur bersama insan tersayang.” 

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM & IOI City Mall Putrajaya Cipta Sejarah

Sepanjang konsert berlangsung, pengunjung turut memenangi hadiah ‘Giveway’ dari Parkson, The Body Shop, Object, Bath & Body Works, Wings, Homepro dan Ayu Borneo. Selain itu, mereka juga berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15 dengan harga promosi! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadin Amizah

Sambut Sorai Konsert Sulung Nadin Amizah 21 Januari 2023 Ini

FATIN AFEEFA

“Kaya Jatuh Nombor Dua,” – Fatin Afeefa Pilih Suami Bukan Kerana Harta