in

Konsert Amal Pray 4 Live In Concert

MUNSYID Malaysia bersama Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) serta beberapa NGO lain akan menganjurkan satu konsert amal PRAY 4 LIVE IN CONCERT pada 7 September 2013 bertempat di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

[pullquote align=”right”]Konsert ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa krisis politik dan peperangan yang berlaku di Mesir, Syria, Palestin dan Myanmar (etnik Rohingnya).[/pullquote]

Program ini adalah bersifat CSR (Corporate Social Responsibility) dan “volunteery work” sepenuhnya sekaligus tidak berorientasikan keuntungan.

Antara artis yang bakal terlibat adalah Rabbani, Hijjaz, Far East, Saujana, Mestica, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Salima Habibi, Alfarabi band, Parimeter Breach, Nizam Laksamana, Muadz, Jeff Hazimin, Caliph, Huffaz, R-IF, MUNSYID Malaysia Fine, Seedrain Ammar Hamdan Fetya dan banyak lagi.

Mereka turut disertai oleh personaliti agama dan TV seperti Ustaz Syed Abdul Kader Al Jofree, Ust Zami Mantop, Ustaz Anuar Hasin, Ust Nazmi Karim serta para penyampai IKIM.fm.

Poster Pray4

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Vote For Your Favorite Artist #MTVEMA Nominee

far east movement

Peluang Untuk Bertemu Dengan Far East Movement