in ,

Konsert 30 Tahun Wings di Stadium Merdeka

Kumpulan WINGS akan menganjurkan majlis sambutan ULANG TAHUN KE 30 setelah berada di persada seni tanah air selama 30 tahun. Ini adalah sebahagian dari rangka promosi Kumpulan WINGS bersempena KONSERT 30 TAHUN WINGS yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Oktober, 2015.

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini adalah RM85.00 (free seating), RM285.00 (Rock Zone) dan RM 48.00 (Khas untuk para pelajar tertakluk pada terma & syarat). Tiket tiket boleh dibeli secara ‘online’ bermula pada 24 OGOS 2015 melalui www.tickethotline.com.my. Sila lawati www.sayap2wings.com untuk maklumat lengkap mengenai pembelian tiket. Selain itu, tiket tiket boleh dibeli melalui agen agen khas yang telah dilantik disepanjang ‘Jelajah Kembara WING’ ke setiap negeri. Maklumat lengkap untuk agen agen rasmi adalah seperti di bawah entri ini.

Wings

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 30 KUMPULAN WINGS (1985 – 2015)
BERSEMPENA PROMOSI KONSERT 30 TAHUN WINGS
31 OKTOBER 2015 STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke -30 Kumpulan WINGS ini akan dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri dari barisan artis lama dan baru yang menyokong dan membantu mempromosikan KONSERT 30 TAHUN WINGS pada 31 Oktober nanti. Majlis ini bertemakan Rock n Roll ( Red & Black ) bersesuaian dengan Kumpulan WINGS itu sendiri. Persembahan TRIBUTE kepada WINGS akan disampaikan oleh artis- artis yang hadir.

Sebagai tanda terima kasih Wings kepada peminat-peminat setia dan juga kepada sahabat – sahabat artis dan media, Wings akan menyampaikan unplugged istimewa. Sambutan Ulangtahun ke 30 ini diharap dapat memeriahkan lagi industri musik tempatan di mana kehadiran rakan rakan artis berkumpul dan bersatu untuk menjayakan konsert Wings 30 tahun.

Wings

Acara ini diadakan di Tingkat 3, Grand Ballroom, Swiss Garden Residences Kuala Lumpur pada 30 September 2015 bermula jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam.

Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur adalah penaja rasmi penginapan KONSERT 30 TAHUN WINGS yang akan berlangsung di Stadium Merdeka. Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur dengan sukacitanya menawarkan Pakej Penginapan serta tiket KONSERT 30 TAHUN WINGS kepada para peminat WINGS di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia atau dari mana sahaja, yang bakal hadir pada kadar yang sangat istimewa.

Wings

Sila layari http://www.swissgarden.com/wingspackage untuk maklumat lengkap serta tempahan.

Sebagai rujukan, turut disertakan senarai nama agen tiket KONSERT 30 TAHUN WINGS pada 31 Oktober 2015.

BIL

Kelab/Perniagaan/ Persatuan

LOCA TION

CONTACT NUMBER

1.

Z Force Rider Community..

Sungai Besi..

Hafiz 010 2214816

2.

Hydrotech Bike.

Taman Nirwana, Ampang.

Ismail 016 2902660

3.

Hatta Tayar.

Petaling Jaya/ Subang Jaya.

Hatta 018 2239934

4.

Artic Tayar.

Seri Kembangan.

En. Syed 012 4000123

5.

Sayap-Sayap Wings .

Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, dan Singapur

Zul 012 266877 Hazlan 013 7579831

6.

Sayap-Sayap Wings.

Melaka ( Alor Gajah,Batu Berendam, Cheng )

Farid 019654560

7.

Saka Riders.

Uptown Shah Alam.

019 3431709

8.

The Nai Cafe, Denai Alam.

BukitSubang/Bukit Jelutong/Kg.Melayu Subang/ Shah Alam.

Nazreen 010 6487777 Bujey 013 9054481

9.

Uwais Alqarni.

Gombak/Kajang/Cheras/Nilai

012 2197506

10.

Iskandar

Kajang /Bangi/Cheras/Nilai

012 2197506

11.

Warpings Singapore.

Ghazali 56590359782

12.

Restoren D’Chowkit.

Chow Kit, KL

Mike 012 2920914

13.

Haji Abu

Klang.

011 3604441

14.

Dstall Corner.

Kelana Jaya

012 6594329

15.

Banafe Cafe.

Johor Bahru

Jamaluddin 012 7106043

16.

Merlin Cafe.

Seremban.

Fadli 017 3084577

17.

Suria Bikers.

Johor Bahru

Sahela 012 7240000

18.

F- One Pit Stop

Taman Bukit Piatu, Melaka.

Ikram 012 3673063

19.

Ampang Road Boys School.

Senggarang Batu Pahat/KL

Najib 013 7184384

20.

Asmadi

Peringgit .Melaka.

019 6539907

21.

Akmal

Melaka

017 6788182

22.

Othman Syarif Zaharudin WanAzman

Kuala Terengganu.

019 9363848 019 3809303 019 9130003 019 8477345

23

Mohd Nasiffudin

Teluk Cempedak Kuantan Pahang

011 10636024

24

Fairuz Hussain

Kuantan Pahang

012 9467629 011 23684768

25

Mr.Pancho

Bayan Lepas Pulau Pinang.

019 4444447

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran Cina Muslim Amber Bakal Berada di Terengganu

Altimet Akan Melancarkan Video Muzik AKU TAHU Secara Eksklusif