in ,

Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s Tukar Lokasi

Pada hari ini penganjur memaklumkan bahawa Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s yang dijadualkan berlangsung pada 25 Disember 2015 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru telah bertukar lokasi ke tapak baru di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru. Tarikh dan masa pintu dibuka bagaimanapun tidak berubah pada 25 Disember 2015 jam 4 petang.

Pertukaran ini dilakukan memandangkan pada hari tersebut seperti sedia maklum adalah cuti umum Krismas. Lokasi Dataran Bandaraya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dikhuatiri akan berlaku kesesakan yang melampau kerana lokasinya yang ‘hotspot’, selalu menjadi tumpuan ramai dan berdekatan dengan Kompleks CIQ Sultan Iskandar. Kesesakan juga dijangkakan berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor Bahru sempena cuti perayaan Krismas.

Keadaan ini tentunya akan menyukarkan peminat-peminat yang datang untuk menyaksikan konsert ini terutamanya yang datang membawa kenderaan sendiri. Setelah pertimbangan teliti dibuat, kami memutuskan untuk memindahkan lokasi konsert ke lokasi baru di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru yang dirasakan lebih sesuai dan memudahkan semua pihak.

Konsert ini adalah kesinambungan daripada konsert yang telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober yang lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sokongan dan momentum padu yang diterima daripada peminat-peminat yang hadir ke konsert tersebut membuatkan konsert ini akhirnya dibawa untuk tontonan khalayak di Johor Bahru pula dengan penaja utama iaitu “ Agetech”.

Format konsert yang sama dirancang akan dipersembahkan di Johor Bahru ini seperti kumpulan-kumpulan Indie Bands dan Super Friends serta slot istimewa Wings bersama-sama Ex-Wings. Namun kami tidak bercadang untuk mengumumkan barisan artis-artis yang bakal terlibat dalam konsert ini. Pengumuman berkenaan artis-artis yang terlibat akan dilakukan pada sidang media yang akan diberitahu kelak.

Untuk makluman, tiket-tiket bagi menyaksikan konsert ini dijual pada harga RM 65.00 (normal), RM 100.00 (rockzone) dan RM 600.00 (VIP). Bagi pelajar pula, mereka layak membeli tiket khas RM 35.00 dengan syarat kad identiti pelajar hendaklah ditunjuk ketika pembelian tiket.

Keistimewaan pemegang tiket VIP adalah mereka akan memperolehi cenderahati istimewa Konsert 30 Tahun Wings, tempat duduk bernombor di atas platform khas dan juga ‘post-party’ bersama-sama Wings selepas tamat konsert. Maklumat lanjut berkenaan tiket boleh didapati di laman sesawang Tiket Hotline www.tickethotline.com.my atau hubungi di talian 03-77251166/03-77251177,stokis-stokis Agetech di Seremban(Agetech-Above Pustaka Alam) atau hubungi Cik Nani 018-9777825,Melaka (Adam & Eve Boutique Collection) atau hubungi Puan Sarah 019-6242067,Kluang (SNR Legacy) atau hubungi Encik Asyraf 012-9596377,Pasir Gudang (Jambangan Rimba Spa) atau hubungi Encik Zack 019-7731472 dan Johor Bahru (Brigade Crew ) atau hubungi Encik Sien 016-6550065 Facebook ‘Sayap-Sayap Wings’ atau laman sesawang www.sayap2wings.com atau hubungi 012-2666877 (Zul-Azri) dan 019-3681917(Zan Zaini).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Muda Jadi Mentor dalam MENTOR MILENIA

Jom Meriahkan Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016