in , ,

Kongsi Tabiat Aneh, Luna Maya Akui Gemar Bau Kentut Sendiri

Lama tak kemaskini tentang selebriti popular dari Indonesia, Luna Maya ni. Khabarnya, dia ada tabiat dan perangai aneh.

Kebanyakan artis mengambil inisiatif membuka saluran YouTube dan memuat naik pelbagai jenis content video bagi tatapan peminat yang merindui perkhabaran dan ingin mengetahui perkembang terbaru selebriti kegemaran mereka.

Pelakon dan juga penyanyi jelita Indonesia, Luna Maya juga tidak ketinggalan dengan untuk membuka saluran YouTube sendiri. Dengan hanya menggunakan namanya, Luna Maya kini telah meraih hampir 726,000 pengikut di saluran YouTube miliknya.

‘Sukalah, pasti semua orang suka bau kentutnya sendiri’

– LUNA MAYA

Tiga hari lalu, Luna Maya dilihat memuat naik sebuah video di saluran YouTube bersama pelakon Indonesia iaitu Boy William. Video tersebut memaparkan Boy William mengadakan sesi soal jawab bersama Luna Maya.

LUNA MAYA

Menggelikan hati ramai apabila Luna Maya mendedahkan bahawa dirinya suka mencium bau kentunya sendiri.

Siap Tunjuk Cara Hidu Bau Kentut!

Tambah melucukan apabila Luna Maya dilihat memaparkan gelagat spontan cara dirinya mencium bau kentut dengan menoleh ke belakang dan sekali gus membuatkan mereka pecah perut dihadapan kamera. Luna Maya juga turut mengakui bahawa dirinya juga pernah terkencing di atas katil disebabkan terlampau penat dengan jadual kerjanya yang amat padat.

Rata-raya peminat dan penggemaran saluran YouTube Luna Maya dilihat sangat terhibur dengan sesi soal jawab oleh kedua-dua artis Indonesia ini yang dilihat bersifat terbuka dan menjadi diri mereka sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Risteena Bidas Netizen, Bengang Kisah 30 Minit Tak Balas Mesej Dikecam

Indo Pek Tawar Pakej Kandungan Serba Baharu Dalam Format HD