in , ,

Kongsi Foto Bercumbu, Hunny Madu Akhirnya Dedah Sudah Berkahwin dengan Jejaka Itali

Tahniah buat penyanyi dan pengacara, Hunny Madu yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya 2 Mei lalu.

Menghentikan spekulasi dan tanda tanya peminat, penyanyi, Hunny Madu mengesahkan sudah bernikah dengan jejaka Itali bergelar cef di ibu negara, 

Hunny mengaku menamatkan status ibu tunggal dengan Fedrighi Francesco pada 2 Mei lalu dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga berikutan prosedur operasi standard (SOP) mengekang COVID-19.

HUNNY MADU

Francesco yang menetap di Malaysia sejak Januari 2018, memeluk Islam pada Februari lalu.

HUNNY MADU

Hunny berkata, dia hanya memaklumkan keluarga terdekat dan teman rapat mengenai niatnya bernikah.

“Majlis nikah cukup ringkas. Kami adakannya secara kecil-kecilan di rumah ibu bapa saya dan hanya disaksikan adik-beradik, ibu bapa dan dua anak saya, Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.

“Malah, baju nikah kami pinjam sekadar memenuhi syarat kerana tidak cukup masa untuk membuat persalinan baharu. Namun, cukup menjadi kenangan saya dan suami,” 

“Ketika itu, kami hanya beritahu khabar bahagia ini kepada keluarga terdekat serta rakan yang rapat dengan saya,”

– Hunny Madu
Hunny Madu Akhirnya Dedah Sudah Berkahwin dengan Jejaka Itali

Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim berkata, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan lalu.

“Namun, majlis itu terpaksa ditunda disebabkan perkara yang tidak dapat dikongsi. Insya-Allah majlis itu akan diadakan pada masa lebih sesuai,”

– Hunny Madu

Pasangan ini sempat bercuti di Langkawi bersama anak-anak Hunny iaitu Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.

Hunny bersyukur bertemu jejaka yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak dan keluarga.

“Saya bertuah… Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke Jannah… Insya-Allah,”

– Hunny Madu

Sebelum ini, Hunny Madu pernah memuat naik fotonya bercumbu dengan Francesco ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Langkawi.

Susulan dari itu, Hunny memohon maaf kepada pihak yang menganggap foto dirinya dan suami yang dikongsi di Instagram (IG), keterlaluan.

Hunny Madu

Namun, Hunny berasa kesal apabila terdapat satu artikel yang keluar berunsur negatif yang membabitkan namanya sehingga dia berasa amat terkesan sekali.

“Isu ini timbul kerana orang tidak tahu perkara sebenar bahawa saya dan dia sudah berkahwin. Disebabkan itulah, saya ambil kesempatan meleraikan persoalan,” 

“Sebenarnya selepas saya memberi kenyetaan kepada Astro Gempak, saya tak sangka ada artikel lain yang keluar dengan tajuk yang tidak senonoh sepertI ‘Tayang Foto Bercumbu Dan…”

“Ia telah menimbulkan fitnah dan nama baik keluarga saya tercalar tapi saya terima kenyataan tersebut,” 

– Hunny Madu
Hunny Madu

Tambahnya, Hunny mengatakan bahawa ini adalah saat baginya untuk mengumumkan berita baik kepada semua.

Francesco merupakan seorang cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.

Hani Farhana Mohd Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar, 36, pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.

Pasangan itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Musa dan Eva Medina.

Hunny Madu Akhirnya Dedah Sudah Berkahwin dengan Jejaka Itali

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Keistimewaan Kek Lapis Sarawak Dalam Telemovie LAPIS LAPIS CINTA

Neelofa Lancar Butik Konsep Pertama di One Utama