in ,

Konflik Seorang Bapa Dalam Tangisan Hati di TV1

Konflik Seorang Bapa Dalam Tangisan Hati di TV1

Semua orang pastinya mengimpikan sebuah keluarga bahagia di mana mereka dapat membesar di bawah lindungan ibu dan ayah tersayang bersama adik-beradik yang lain. Suka duka di harungi bersama mereka meskipun kehidupan tidak seindah yang diimpikan.

Momen suka duka kehidupan sebuah keluarga yang dihambat kemiskinan melatari drama menarik Tangisan Hati pada 24 Jun 2011, jam 10.30 pagi di TV1 lakonan Faizal Hussein, Normah Damanhuri, Fadilah Mansor, Maimon Mutalib, Dian P.Ramlee, Erry Putra dan Lokman Ghani.

Mengetengahkan watak suami bernama Azhar lakonan Faizal Hussein yang mendiami sebuah flat di pinggir kota raya bersama empat orang anaknya iaitu Azwa, Azri, Azmi dan Azman. Manakala isterinya telah meninggal dunia selepas melahirkan Azman kerana tekanan darah tinggi. Kehidupan Azhar dan keluarga sukar kerana Azhar tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kejadian demi kejadian yang dilalui oleh keluarga Azhar menyebabkan Mak Nab mencadangkan supaya Azhar menyerahkan anak bongsunya untuk dijadikan anak angkat. Dengan ini bebanan Azhar dan Azwa selaku anak sulong akan berkurangan. Azhar jenuh memikirkan cadangan Mak Nab dan dia agak bersetuju demi masa depan anak-anaknya.

Sementara itu pada hari pertandingan, Azwa banyak melakukan kesilapan kerana fikirannya asyik teringatkan adiknya, Azma. Guru Besar mula bimbang melihat prestasi Azwa. Melihat bapa bersama adiknya, Azwa mula bercerita mengenai keluarganya dan akhirnya dia memenangi pertandingan bercerita itu dan komputer menjadi miliknya.

Tetapi perkara yang paling menggembirakannya ialah apabila Azhar memberitahu adik bongsunya akan bersama mereka semula dan dia berjanji tidak akan memisahkan anak-anaknya lagi kerana dia sendiri tidak sanggup berpisah dengan darah dagingnya walau pun sesukar mana kehidupan mereka.

Namun dapatkah segalanya menjadi kenyataan? Kesudahannya hanya akan diketahui apabila anda meluangkan masa menyaksikan drama mengisi slot Nurani ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain

Falling Skies