in ,

Komposer Penulis Lirik LY BAIDURI Cari Bakat Baru di Johor

Berita baik untuk orang Johor! Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri bakal mengadakan program mencari bakat baru di Johor Bahru bulan depan. Program pencarian bakat baru itu diadakan bersempena karnival Gerak Usahawan Muda Johor 2014 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Disember ini.

Karnival akan diadakan di parkir kereta Angsana Mall JB bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan disertai kira-kira 200 usahawan termasuk peniaga dalam talian.

ly-baiduri

Karnival dianjurkan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd melalui Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) dengan kerjasama syarikat perhubungan awam, Extreme Ideas; Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Persatuan Belia Bintang Selatan dan Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya.

Pengarah Urusan Extreme Ideas, Hanizah Hisham berkata pertandingan terbuka kepada 100 peserta warga tempatan berusia 17 hingga 30 tahun dan berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 Disember ini.

“Pertandingan turut disokong syarikat pengeluar produk ramping, Le Elise Resource malalui produknya, Royal Slim yang menawarkan hadiah wang tunai RM6,000 selain trofi dan pelbagai hadiah sampingan. LY dan Baiduri bukan nama asing dalam industri hiburan apatah lagi banyak lagu ciptaan mereka bukan sahaja memenangi pelbagai anugerah malah turut menjadi siulan di kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, LY atau nama sebenarnya, Rosman Shafie berkata melalui syarikatnya, Kelarai Sakti Sdn Bhd, mereka berkerjasama menganjurkan pertandingan ini bagi memberi peluang bakat baru menyerlahkan kemampuan mereka.

“Kami mencari bakat yang unik dan tidak terikut dengan gaya persembahan mahupun nyanyian penyanyi sedia ada dan ini adalah langkah pertama sebelum melalui ujian suara di studio kami. Mereka perlu memiliki identiti sendiri kerana kita tak mahu jika dipilih nanti, masyarakat akan keliru siapakah penyanyi lagu yang mereka dengar selain memiliki pakej vokal, keterampilan dan gaya persembahan yang unik,” katanya.

Kelarai Sakti akan turut mengetengahkan dua artis mereka, Rahmad Mega dan Riz Zaizizi sebagai persembahan khas di peringkat akhir pertandingan pada 7 Disember nanti.

Untuk menyertai pertandingan ini, orang ramai boleh melayari laman facebook Gerak Usahawan Muda Johor atau menghubungi Mokhzani di talian 017-733 5462.

LY & Baiduri

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Budiey Mencari Penaja Untuk Party Ulangtahun Budiey.com Ke-8

Menjejak Misteri Maiko dan Geiko Refleksi Dunia Geisha