in ,

Komen Jelik Terhadap TMJ, Patrick Teoh Tidak Mengaku Bersalah

Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, Mei lalu.

Tertuduh, Teoh Kang Yong, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut pertuduhan, Teoh didakwa menggunakan laman sosial Facebook Page ‘Patrick Teoh’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya iaitu ‘Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Niamah’ dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Gara2-Muatnaik-Video-Dengan-Niat-Nak-Menghlna-Tmj-Selebriti-Patrick-Teoh-Direm4N_5Eb7E8De0D85D

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Hakim kemudiannya menetapkan 20 Julai depan bagi serahan dokumen, selain menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

2020-06-14_10-29-14

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Wong Hong Yi dan M Puravalen.

Terdahulu, Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, sebelum keterangannya diambil.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan direman lima hari mulai 10 Mei lalu sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spencer Lee Airasia | 17

Permintaan Luar Biasa, AirAsia Lanjut Jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

Siti Nurhaliza Basyirah 2020 | 18

Tak Serik! Lelaki Kembali Tunjuk ‘Anu’ Depan Kediaman Siti Nurhaliza