in

Komedi Dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Sekali sekala luangkan masa menyaksikan drama komedi mencuit hati namun sarat dengan pengajaran untuk dikongsikan seisi keluarga. Begitu pun tambah menariknya bila drama tersebut membariskan pelakon yang sememangnya terkenal dengan watak komedi masing-masing.

Ikuti kisah komedi ringan watak utama dua wanita berbeza usia iaitu Opah Semah dan Lola yang bersaing dalam mengusahakan perniagaan masing-masing dengan strategi tersendiri menerusi drama bertajuk “Opah Bahulu Lola Cupcake”.

Komedi Dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Komedi Dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE di TV1

Dilakonkan wataknya oleh Delimawati, Didie Alias, Kazar Saisi, Elly Mazlin, Rykarl Iskandar, Hazeera Harun Salim Bachik, Along Ezendy dan Syuhaida Abraz, drama arahan Hashim Rejab ini mengisi slot Panggung Ahad pada 5 November ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Sejak kewujudan Lola dengan perniagaan Cupcakenya, permintaan kuih bahulu Opah Semah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan sikap Lola yang angkuh dan sombong itu menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan orang-orang kampung. Lola berasa amat gembira kerana Cupcake hasil air tangannya sudah diterima oleh orang-orang kampung. Opah Semah berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola.

Komedi Dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Suatu hari, Yop dan Yuni iaitu cucu Opah Semah memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baharu iaitu coklat. Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutama orang-orang di sekitar kampung tersebut. Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinkan Opah Semah dengan memberi semangat dan membantunya membuat coklat.

Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilkan keluaran produk coklatnya dan kini dia membuka sebuah kedai bakeri sendiri. Berkat kesabaran Opah Semah, coklatnya mendapat pesanan dari kerabat diraja. 

Pada masa yang sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembangkan perniagaannya. Sifat dengki dan iri hati Lola kepada Opah Semah makin menjadi-jadi.

Ikuti kesudahan kisah mereka dalam mengusahakan perniagaan masing-masing.

Komedi Dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.    

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Hakim Menjuarai Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5

Kes DBI: Nassier Wahab Kecewa Apa Yang Berlaku