in , ,

Kolej Universiti Poly-Tech MARA KL Anjur COMMFEST: FUSE THE MUSE

Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) bagi mengadakan COMMFEST: FUSE THE MUSE pada 29 hingga 31 Oktober 2021 secara atas talian dengan menggunakan aplikasi YouTube.

Untuk pengetahuan pembaca, COMMFEST: FUSE THE MUSE ini dianjurkan bagi memenuhi kriteria keperluan akademik pelajar-pelajar semester 6, jurusan Diploma in Corporate Communication (BK101), Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur untuk menganjurkan projek akhir semester 6 dan melengkapkan pelan kursus yang telah disediakan oleh pihak institusi. 

Seramai 10 orang pelajar semester 6 akan terlibat di dalam penganjuran projek akhir ini yang akan diketuai oleh saudara Muhammad Adam Rifqi Bin Roslan.

Projek semester ini akan diselia oleh Cik Azfa Izzah Binti Roslan, yang juga pensyarah bagi HCC3064 Corporate Communication Final Year Project selaku penasihat projek. 

Commfest

LATAR BELAKANG PROGRAM 

Pelajar semester 6, Diploma in Corporate Communication (BK101) telah bersetuju untuk menganjurkan projek akhir semester 6 yang berkonsepkan festival dan bengkel yang diberi nama COMMFEST: FUSE THE MUSE. 

COMMFEST: FUSE THE MUSE merupakan program atas talian yang ilmiah dan hiburan secara santai. Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang program ini adalah sesi bual bicara bersama ikon seni dan muzik.

Selain itu juga, program ini turut mengadakan bengkel pembelajaran pembuatan seni seperti lukisan, fesyen, animasi, gubahan, solekan dan puisi yang sesuai untuk semua golongan masyarakat. 

Tema projek ini adalah berasaskan seni dengan menghargai karya seni yang dihasilkan oleh setiap penggiat seni tanah air. Dalam konteks ini, seni merupakan ekspresi atau ciptaan yang mempunyai nilai keindahannya sendiri.

Ini bermaksud program ini diadakan untuk meraikan dan menghargai karya yang dihasilkan oleh setiap penggiat seni di Malaysia meliputi muzik, animasi, fesyen, lukisan dan sebagainya. COMMFEST: FUSE THE MUSE juga bertujuan untuk mengenalkan lagi bakat-bakat penggiat seni muda di dalam negara. 

Program ini dilihat dapat memberi kesan yang positif kepada pihak institusi, pelajar dan juga masyarakat khususnya golongan pelajar dalam meningkatkan nama baik Kolej Universiti Poly–Tech MARA kepada pihak luar. Ia menunjukkan bahawa pelajar–pelajar KUPTM KL mampu untuk menganjurkan program yang mampu memupuk kesedaran kepada masyarakat di Malaysia. 

Cadangan tarikh program ini adalah bermula pada 29 Oktober 2021 dan berakhir pada 31 Oktober 2021. 

OBJEKTIF COMMFEST

Objektif projek akhir semester 6 untuk mengadakan COMMFEST: FUSE THE MUSE adalah untuk melengkapkan pelan kursus yang telah disediakan oleh pihak institusi.

Selain itu juga, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan remaja untuk menghargai industri seni tempatan dengan menyebarkan kesedaran mengenai seni.

Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk program ini mampu membentuk generasi masyarakat yang peka terhadap sekeliling. 

GOLONGAN SASARAN

  1. Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM)
  2. Pelajar IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
  3. Pelajar Sekolah Menegah Atas

KAEDAH PELAKSANAAN 

Program ini dicadangkan untuk berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 22 Oktober 2021 hingga 24 Oktober 2021 berlangsung di YouTube Live. Pada hari berkenaan, terdapat empat aktiviti iaitu Hiburan, Bengkel Seni, Bual Bicara dan Kelas Pembuatan Seni. 

Aktiviti yang bakal berlangsung di setiap sesi adalah forum bual bicara, bengkel, kelas pembuatan seni dan juga persembahan secara maya.

Setiap sesi meliputi pengisian mengenai tentang segala aspek kesenian seperti muzik, animasi, fesyen, kelas solekan dan puisi. Program ini dijangka akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam mengikut sesi yang telah ditetapkan. 

Sebanyak 10 pelajar Diploma in Corporate Communication (BK101) akan dibahagikan kepada jawatan-jawatan yang telah ditetapkan untuk pembahagian kerja-kerja.

Setiap jawatan telah diberi tugasan dan jadual untuk menyempurnakan tugasan mereka dengan bantuan penasihat COMMFEST: FUSE THE MUSE.

Program akan dilaksanakan seperti butiran berikut

Tarikh: 29 Oktober 2021 – 31 Oktober 2021

Masa: 2:15 petang – 11.00 malam

Platform: YouTube Live

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini | 11

Rezeki Rita Rudaini Dalam Bidang Perniagaan

Ustaz Ebit | 12

Ebit Lew Bawa Bidadari & Anak-Anak Bercuti di Negara Switzerland