in , ,

Kolaborasi Nusantara Malaysia-Indonesia Temukan Kucaimars & Suara Kayu Dalam ‘Obat Rindu’

Single Obat Rindu berkisar tentang kerinduan di antara pasangan kekasih yang terpisah dan sedang menjalani hubungan Long Distance Relationship (LDR).

Bintang Big Stage 2019, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’.

Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan. Paduan serasi di antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.

Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan terompet ini menceritakan tentang hubungan LDR. Rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan yang sedang menjalani hubungan LDR menjadi intipati kepada single ini.

Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, salah seorang ahli Suara Kayu.

Kolaborasi Nusantara Malaysia-Indonesia Temukan Kucaimars & Suara Kayu Dalam ‘Obat Rindu’

Kolaborasi sememangnya bukan perkara baharu bagi duo Ingrid dan Dewangga. Suara Kayu kerap melakukan kolaborasi dengan beberapa pemuzik dan content creator di serata bidang. ‘Mini-a-Tour’, jelajah kolaborasi yang diadakan dengan pemuzik dan YouTuber terkenal dari Bandung, Jogja, Semarang dan Surabaya kini boleh ditonton di saluran YouTube Suara Kayu. 

“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,” jelas Dewangga pula.

Melalui sebuah temuramah, Kucaimars merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu. 

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujar pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi.

Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single Obat Rindu ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia. 

Kolaborasi Nusantara Malaysia-Indonesia Temukan Kucaimars & Suara Kayu Dalam ‘Obat Rindu’

“Semoga lagu Obat Rindu menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya juga,” akhiri Ingrid.

Sebagai maklumat tambahan, Suara Kayu telah melancarkan EP keduanya yang berjudul ‘Kumpulan Cerita Pendek’ yang memuatkan enam buah lagu akustik di mana salah satu treknya berjudul ‘Hahaha’ merupakan kolaborasi bersama duo muzikal Bianca Dimas. Single mereka berjudul ‘UWU’ (Unhappy Without You) mendapatkan sambutan luar biasa di TikTok dengan jumlah tanda suka sebanyak 203 ribu dan memperoleh tontonan melebihi 69.6 juta.

Tentang Suara Kayu

Suara Kayu merupakan duo muzikal yang berasal dari Jakarta yang dianggotai Ingrid Tamara (pemain ukulele) dan Dewangga Elsandro (gitaris). Duo ini telah ditubuhkan pada Mei 2020 dengan mempertaruhkan muzik jenis pop-folk.

Bermula dari kolaborasi di YouTube, kemudian beralih ke penulisan lagu sehingga terlancarnya single pertama mereka berjudul ‘Miniatur’ yang pernah menduduki tempat pertama di Top 50 Viral Charts di Spotify, sehingga ke hari ini ia telah didengar lebih dari 2 juta kali.

Terbaharu, Suara Kayu telah melancarkan EP keduanya berjudul ‘Kumpulan Cerita Pendek’ pada awal tahun 2022 dengan memuatkan enam buah lagu akustik. Setiap lagu yang terkandung di dalam EP diterima baik oleh penggemar muzik. Secara keseluruhan, keenam-enam lagu tersebut telah didengar lebih dari 2.1 juta kali di Spotify. Dan dari kesemua lagu tersebut, lagu ‘Kaktus’ yang dilancarkan pada Mac 2021 menjadi lagu paling banyak tontonannya di YouTube melebihi 1.1 juta, dan telah dimainkan sebanyak 1.2 juta kali di Spotify.

Pada Oktober 2020, Suara Kayu telah bernaung di bawah Warner Music Indonesia dengan mengeluarkan album mini pertama mereka berjudul ‘Suara Kita, Cerita Kamu’ yang memuatkan lagu ‘Miniatur’, ‘Kaktus’, ‘Drama Korea’, ‘Penghapus Pensil’ dan ‘UWU’ (Unhappy Without You). Lagu UWU yang popular di TikTok memperoleh lebih dari 203 ribu tanda suka dengan jumlah tontonan sebanyak 69.6 juta.

Kolaborasi Nusantara Malaysia-Indonesia Temukan Kucaimars & Suara Kayu Dalam ‘Obat Rindu’

Tentang Kucaimars

Kucaimars atau nama sebenar, Amirul Husyairi adalah adalah pemuzik muda berbakat besar yang berasal dari Malaysia. Terkenal dengan lagu-lagu cover nyanyiannya yang mendapat sambutan hangat  di pelbagai platform media sosial, ‘Kucai’ seperti yang dikenali peminatnya menjadi perhatian setelah menjadi salah satu peserta pertandingan nyanyian ‘Big Stage 2019’. Selain cover nyanyiannya, penyanyi ini juga terkenal dengan konten videonya yang kreatif serta lucu di media sosial.

Kucai kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul ‘Mudah Bagimu’ yang mendapat sambutan. Video muzik Mudah Bagimu yang mempamerkan bakat Kucai sebagai seorang penghibur ternyata membuat lebih ramai penggemar muzik menginginkan lebih dari bintang baharu ini.

Meskipun baharu, Kucai berjaya menarik ramai perhatian umum dan baharu-baharu ini beliau turut tercalon sebagai ‘Most Lit Singer on Social Media’ di ERA Digital Muzik Awards. Ternyata, kerjaya Kucaimars semakin melonjak dan terus mencuri perhatian penggemar muzik di sekitar rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MARGOSA

Misi Margosa Tawan Industri Muzik Arus Perdana, Pertaruhkan Lagu CINTA PASTI BERSATU

APPLE IPHONE 13

Apple Introduces Gorgeous New Green Finishes for the iPhone 13 Lineup