in ,

Kolaborasi Bate & Simon Webbe dari Kumpulan Blue Cetus Fenomena

Single terbaru BATE yang berjudul ‘Casino Royale’ hasil kolaborasi bersama Simon Webbe dari kumpulan ikonik UK, BLUE telah mencetuskan fenomena apabila berjaya distrim melebihi 1.7 juta sejak dilancarkan pada bulan Mac 2020.

Single tersebut dikeluarkan susulan lagu BATE ‘One I Love’, dan menggabungkan kemantapan vokal Webbe disamping elemen muzik elektronik BATE. Sebelum ini Webbe mempunyai perancangan untuk melakukan jelajah muzik ke Asia termasuk Kuala Lumpur bagi mempromosikan ‘Casino Royale’ bersama BATE namun ianya terpaksa ditangguhkan berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Untuk tidak menghampakan peminat setia yang menantikan kehadiran Webbe dan BATE di Kuala Lumpur khususnya, pihak Universal Music Malaysia telah memutuskan untuk mengadakan sesi promosi menerusi dalam talian kali ini!

Kolaborasi Bate & Simon Webbe Dari Kumpulan Blue Cetus Fenomena

“Saya sangat tidak sabar untuk datang ke Malaysia untuk menemui peminat saya, dan kecewa kerana ianya ditunda, namun saya gembira kerana Universal Music Malaysia berjaya melakukan promosi untuk kami menerusi kaedah digital dan dengan cara ini saya masih dapat bertemu dengan anda semua di Malaysia!”

– Simon Webbe

Tindakan Universal Music Malaysia yang bertindak pantas secara tidak langsung mendekatkan lagi jurang antara benua dan membuka pintu untuk lebih ramai lagi artis yang bernaung di bawah naungan Universal Music/MCA berkolaborasi di masa depan.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong, pihak Universal Muzik tetap aktif menyediakan muzik dan kandungan yang diperlukan terutama dalam situasi mencabar seperti yang berlaku sekarang ini.

“Meski pun tidak dapat meneruskan sesi promosi lawatan seperti yang dirancangkan sebelum ini, kami tetap dapat berkongsi dan melakukan cara yang sama cumanya berbeza hanya menerusi dalam talian.”

– Simon Webbe

Kejayaan ‘Casino Royale’ juga bakal menyaksikan kemunculan dua versi terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi oleh penyanyi tempatan, Shalma Eliana and Daiyan Trisha.

“Saya sebenarnya malu nak bercerita kerana pada mulanya saya tidak mengenali siapakah kumpulan BLUE atau Simon Webbe disebabkan saya lahir pada tahun 2000, tapi setelah mendengar dan mengkaji muzik mereka, terus terang saya katakan sekarang saya merupakan peminat setia ‘Casino Royale’.

Sebelum ini saya pernah melakukan beberapa ‘cover’ untuk lagu-lagu lain tetapi kali ini ianya akan lebih istimewa kerana BATE dan Simon sendiri yang akan menontonnya dan saya harap mereka akan menyukainya,”

– Shalma

Manakala menurut Daiyan Trisha pula,

“Saya sangat teruja dapat berkolaborasi dengan Simon Webbe!

Saya merupakan peminat setia kumpulan Blue ketika di sekolah menengah dan pastinya peluang sebegini takkan dilepaskan!”

– Daiyan Trisha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani

Filem SYIF MALAM RAYA Normal Baharu Sambutan Aidilfitri