Kalau kau jenis yang suka melancong, suka ‘hunt’ promo, dan memang kaki jalan, ini berita yang memang tak boleh kau lepaskan. Klook Travel Fest (KTF) 2025 bakal kembali menggamatkan hujung minggu kau dengan paduan promosi gila-gila, ganjaran lumayan, dan pengalaman interaktif yang berinspirasikan permainan papan! Selepas enam tahun menyepi, festival ini muncul semula dengan gaya lebih besar, berani, dan penuh warna, menjanjikan lebih 50,000 hadiah untuk dimenangi — daripada baucar pelancongan hinggalah ke treat gaya hidup eksklusif.
Acara ini akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025 di Orange Concourse, Sunway Pyramid (Level LG2), dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tapi kalau kau nak jadi antara yang terawal, pintu akan dibuka kepada umum pada 11:30 pagi pada Jumaat, 10 Oktober.
Kembali Dengan Gaya Baharu Selepas Enam Tahun Menyepi
Kalau dulu Klook dikenali dengan vibe travel yang fun dan penuh diskaun, kali ini mereka melangkah ke tahap lain dengan tema “The Great Travel Game.” Bayangkan suasana penuh warna dan interaktif macam kau sedang main permainan papan hidup yang membawa kau ‘melangkah’ ke destinasi impian. Setiap langkah ada ganjaran, setiap cabaran ada peluang untuk menang besar.
Sembilan zon destinasi interaktif akan membawa pengunjung ‘mengembara’ ke seluruh Asia — termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Di setiap zon, pengunjung boleh unlock tawaran eksklusif serta pengalaman unik yang mungkin tak dapat kau jumpa di tempat lain.
Tawaran Hebat Menanti Pencinta Travel
Antara tarikan utama yang memang tak boleh kau lepaskan:
- Diskaun eksklusif sehingga RM800 untuk percutian seterusnya.
- Flash deals sehingga 50% diskaun dan promosi beli 1 percuma 1 untuk aktiviti dan tarikan di Klook.
- Peluang memenangi percutian mewah bersama StarDream Cruises apabila melengkapkan peta pengembaraan kau.
- Aktiviti dan promosi khas dari Sunway Theme Parks, LEGOLAND® Malaysia Resort, ESCAPE Theme Park, Atome, AirAsia Ride, UNIQLO, ZUS Coffee, Juice Works, dan Disney Adventure.
Pendek kata, kalau kau suka shopping travel deals atau nak cari idea percutian yang lain daripada biasa — inilah tempatnya!
Aktiviti Menarik Sepanjang Festival
KTF 2025 bukan sekadar tentang diskaun dan hadiah. Ia juga festival penuh pengalaman dan inspirasi untuk semua jenis pengembara — dari solo traveler, family explorer sehinggalah content creator yang suka share travel stories.
Antara aktiviti menarik yang wajib kau singgah:
- Ask Klook Booth: Dapatkan nasihat perjalanan peribadi daripada pakar Klook sendiri. Nak tahu bila waktu terbaik ke Seoul atau spot paling cantik di Bali? Tanyalah terus!
- Travel Guide & Itinerary Experiential Corner: Ruang interaktif untuk kau plan trip sendiri dengan cara paling hands-on.
- On-site Game Booths: Sertai cabaran bertema pelancongan dan menang hadiah serta-merta.
- Stage Performances & Workshops: Saksikan persembahan pentas, bengkel interaktif dan sesi hiburan santai sepanjang hari.
- Travel Talks: Dengar perkongsian terus daripada pakar industri tentang tips rahsia dan destinasi tersembunyi.
- Exclusive Flash Deals & Rewards: Nikmati tawaran istimewa terhad masa yang hanya boleh ditebus di festival ini.
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh ambil gambar kenangan di photo zone bertema destinasi pelancongan, menikmati persembahan langsung di main stage, dan bersembang santai dengan pasukan Klook di zon Ask Klook untuk dapat inspirasi perjalanan baharu.
Masuk Percuma, Pengalaman Tak Ternilai
Yang paling best — masuk adalah percuma! Jadi ajaklah kawan, keluarga, atau pasangan untuk sama-sama menikmati hujung minggu penuh keseronokan, inspirasi pelancongan dan tawaran hebat yang tak masuk akal. Sama ada kau tengah plan percutian hujung tahun atau pengembaraan besar tahun depan, Klook Travel Fest 2025 ialah pasport kau untuk bermain, menjelajah dan menang besar!
Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, layari laman rasmi mereka di www.klook.com/en-MY/tetris/promo/my-klooktravelfest.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa Klook Travel Fest 2025 ini bukan sekadar festival, tapi satu bentuk evolusi cara orang Malaysia merancang percutian mereka. Ia bukan lagi tentang “klik dan beli,” tapi tentang merasai pengalaman dan bermain sambil belajar. Dalam dunia yang makin sibuk, acara macam ni membuka peluang untuk kita keluar sekejap, berangan besar, dan mula merancang percutian yang bagi jiwa rasa hidup semula. Budiey harap festival ni bukan saja jadi event tahunan, tapi platform untuk komuniti travel Malaysia berkumpul, bertukar idea, dan mencipta inspirasi bersama. Sebab dalam dunia penuh tekanan ni, mungkin yang kita perlukan hanyalah satu tiket, satu peta, dan satu langkah ke destinasi impian.