in , ,

Klook Hidupkan Kempen KlookDulu Dengan Fokus Perjalanan Bermakna

Klook menyalakan kembali semangat percutian rakyat Malaysia dengan kempen #KlookDulu, menawarkan pengalaman kreatif, kesejahteraan, hiburan dan tawaran eksklusif yang menjadikan cuti dalam negara lebih menyeronokkan dan bermakna

Pernah tak anda rasa hidup ini semakin cepat, sampai kadang-kadang kita tak sempat nak berhenti sekejap untuk tarik nafas? Itulah realiti rakyat Malaysia hari ini. Dalam keadaan ini, pelancongan domestik bukan lagi sekadar “short getaway”, tapi menjadi cara untuk mencari semula diri, menenangkan fikiran, dan memberi ruang untuk benar-benar menikmati kehidupan.

Melihat trend ini, Klook, platform pelancongan dan pengalaman gaya hidup nombor satu di Asia, kembali menghidupkan kempen popular mereka iaitu #KlookDulu. Tetapi kali ini, kempen ini hadir dengan misi yang lebih jelas: mengajak rakyat Malaysia untuk mencipta perjalanan bermakna di dalam negara sendiri, tanpa perlu berbelanja besar atau keluar jauh.

Kempen ini berlangsung dari 18 Ogos hingga 21 September 2025, meliputi tiga fasa utama – Discover Negaraku, Jualan Mega 9.9, dan Jom Cuti Sekolah. Setiap fasa direka untuk menepati kehendak berbeza masyarakat – dari mereka yang sukakan seni dan hiburan, sehinggalah ibu bapa yang mencari percutian santai untuk keluarga.

Pelancongan Bukan Lagi Tentang Melarikan Diri, Tetapi Mencari Ketenangan

Hasil dapatan Klook’s Travel Pulse Study 2025 memberi gambaran menarik: rakyat Malaysia semakin memilih perjalanan yang menekankan kesejahteraan, kreativiti, dan pengalaman unik berbanding “sightseeing” tradisional.

Aktiviti seperti rawatan spa, bengkel seni, acara hiburan interaktif, dan penginapan dengan konsep butik kini menjadi trend. Orang ramai bukan sekadar mahu berjalan-jalan, tetapi mahu sesuatu yang membekas di hati dan memberi makna.

Sarah Wan, Pengurus Besar Klook bagi Singapura, Indonesia dan Malaysia, berkata:

“Pelancongan bukan lagi tentang melarikan diri dari masalah, tetapi tentang kembali mencari diri sendiri. Orang ramai mahukan keseimbangan, bukan kemewahan. Mereka mencari kepuasan, bukan sekadar hiburan.”

Kata-kata ini cukup tepat. Kita kini berada dalam era di mana “healing trip” lebih penting daripada “shopping trip”.

#KlookDulu Poster_1080x1080 (1)

Aktiviti Kreatif Dan Hiburan Interaktif Jadi Tarikan Anak Muda

Data Klook tahun 2025 menunjukkan peningkatan luar biasa dalam aktiviti gaya hidup. Aktiviti spa dan kecantikan melonjak hampir 3 kali ganda, manakala hiburan meningkat lebih 1.5 kali ganda berbanding tahun lalu.

Bukan itu sahaja, bengkel kreatif seperti pembuatan tembikar, kelas seni lukisan, dan baking workshop mula mendapat tempat. Ia seolah-olah memberi alternatif kepada generasi muda yang mencari aktiviti “low-key” tapi penuh nilai.

Lebih menarik, hiburan interaktif dalaman seperti Hauntu, Bomb Battle, dan escape room kini jadi pilihan utama. Bukan sahaja untuk seronok, tapi juga sebagai cara untuk melupakan tekanan peperiksaan, assignment, dan tugasan kerja yang tak pernah habis.

Zen, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun dari Sunway, menceritakan pengalamannya di Hauntu:

“Saya sangka Hauntu sekadar tempat untuk bersantai dengan rakan-rakan. Tetapi saya begitu peka dengan jalan ceritanya, sampai langsung tak terfikir tentang tugasan atau peperiksaan. Seronok dapat ‘rehatkan’ otak buat seketika.”

Inilah bukti bahawa hiburan tempatan mampu memberi impak yang lebih daripada sekadar ‘fun activity’ – ia jadi ruang untuk healing secara emosional.

Hotel Tempatan Kini Jadi Destinasi Healing Terbaik

Selain hiburan, sektor hotel domestik juga semakin berkembang. Dahulu, hotel hanya dilihat sebagai tempat tidur selepas berjalan-jalan. Tetapi sekarang, hotel itu sendiri sudah jadi destinasi utama.

Antara trend menarik:

  • Hotel butik di tengah bandar dengan konsep tema unik – sesuai untuk anak muda yang mahu rasa suasana berbeza.
  • Pusat peranginan mesra keluarga berhampiran tarikan utama – supaya ibu bapa boleh berehat sambil anak-anak seronok bermain.
  • Penginapan kesejahteraan untuk pasangan atau pengembara solo – menawarkan spa, yoga, dan program kesihatan.

Jason, seorang juruaudit dan bapa muda, berkongsi kisahnya:

“Sebelum ada anak, kami akan merancang percutian dengan jadual yang padat. Sekarang, saya cuma nak bangun tidur tanpa jam loceng dan betul-betul menikmati sarapan. Pusat peranginan yang kami tempah melalui Klook memberikan kami itu; pagi yang santai, tidak tergesa-gesa, dan masa untuk betul-betul berbual sesama kami.”

Kisah Jason ini mencerminkan realiti ramai keluarga muda hari ini: percutian bukan lagi tentang bucket list, tetapi tentang masa berkualiti.

Tawaran Promosi #KlookDulu Yang Buat Percutian Lagi Berbaloi

Klook memastikan kempen ini bukan sekadar slogan, tetapi benar-benar memberi nilai kepada pengguna. Antara tawaran menarik:

  • Diskaun RM30 untuk semua pengguna (1–21 September) dengan perbelanjaan minimum RM350.
  • Diskaun RM31 untuk aktiviti Malaysia (18–31 Ogos) sempena bulan Merdeka.
  • Jualan Kilat 31 Ogos – diskaun 31% bermula tepat 12 tengah hari.
  • Promosi Beli 1 Percuma 1 pada 9.9 dan Hari Malaysia untuk tarikan popular seperti Sunway Lagoon dan LEGOLAND Malaysia.

Dengan tawaran ini, percutian domestik bukan sahaja lebih mudah, tetapi juga lebih accessible dan affordable.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, kempen #KlookDulu ini adalah satu langkah bijak yang sangat relevan dengan keadaan masyarakat hari ini. Kita hidup dalam dunia yang makin menekan, dan kadang-kadang, yang kita perlukan bukanlah penerbangan jauh, tetapi sekadar satu ruang untuk reset minda dan jiwa.

Budiey percaya kempen ini juga mampu memberi impak ekonomi kepada komuniti tempatan – bila lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk melancong dalam negara, ia bukan sahaja menyokong sektor pelancongan, tetapi juga perniagaan kecil, artis tempatan, dan pusat hiburan.

Cadangan Budiey? Mungkin selepas ini Klook boleh lebih agresif mempromosikan destinasi luar radar – seperti kampung budaya, homestay unik, atau eco-tourism di pedalaman. Dengan itu, pelancongan bukan sahaja bermakna untuk pelancong, tetapi juga memberi peluang ekonomi kepada komuniti kecil.

Akhirnya, Budiey nak tekankan satu perkara: kalau anda masih fikir “healing trip” hanya boleh didapati di Bali atau Tokyo, cuba dulu #KlookDulu. Kadang-kadang, makna sebenar percutian itu sudah ada dekat dengan kita – cuma kita belum mencubanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Korea ‘Bon Appetit Your Majesty’ Kisah Cinta Fantasi Kini di Netflix