in ,

#KitaFeedKita – Grab Menyatukan Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan

Derma secara wang tunai atau mata ganjaran GrabRewards untuk menyumbang makanan dan bekalan keperluan. Grab akan memadankan sumbangan mata ganjaran GrabRewards untuk memberi lebih sokongan kepada komuniti yang memerlukannya 

Ketika warga Malaysia berhempas-pulas menangani impak pandemik, kita berterima kasih dan bersyukur kepada insan-insan dan organisasi yang bertungkus-lumus menyalur bantuan kepada pihak memerlukan dan yang terjejas akibat wabak global ini. 

Sejajar dengan usaha Grab untuk membantu golongan yang terjejas serta komuniti yang memerlukan, Grab Malaysia kini ingin menggalakkan pembabitan penggunanya di seluruh negara untuk menghulur bantuan menerusi sokongan kepada organisasi yang melaksanakan usaha murni ini.

Kempen #KitaFeedKita membuka peluang kepadapara pengguna Grab menghulur sumbangan secara wang tunai atau mata ganjaran GrabRewards kepada MakanKongsi 2.0 sebagai usaha membantu golongan terjejas dan terkesan daripada impak pandemik. Grab, sebagai usaha menawar insentif, akan memadankan ganjaran mata GrabRewards yang didermakan serta menawarkan diskaun kepada NGO dan organisasi yang membuat penghantaran makanan dan bekalan keperluan asas kepada pihak memerlukan menerusi GrabExpress.  

#KitaFeedKita - Grab Menyatukan Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan

“Kempen #KitaFeedKita adalah ilham pihak yang bersungguh-sungguh membantu komuniti dengan memenuhi keperluan masing-masing. Ketika ramai kehilangan pekerjaan, pendapatan bahkan orang tersayang – ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu orang lain supaya sama-sama dapat bangun semula. Sebagai pemboleh teknologi tempatan, kami komited mengguna platform kami untuk menyediakan akses kepada perkara yang paling penting bagi rakyat Malaysia – pendapatan, makanan dan keperluan harian. Berbekal teknologi dan pangkalan pengguna yang luas, kami sedar kebolehan unik menjadi fasilitator kepada kebajikan. Kami bertuah dapat berganding bahu dengan MakanKongsi 2.0 sebagai rakan pengedar kepada inisiatif #KitaFeedKita. Kita mengalu-alukan pengguna Grab untuk turut serta memberi sumbangan supaya mereka dapat meneruskan usaha murni membantu sesama insan,” jelas Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia.

MakanKongsi 2.0 dianjurkan bersama THE GOOD KITCHEN dan ENGAGE sebagai langkah memastikan golongan paling terjejas berpeluang memenuhi keperluan asas bagi menyara keluarga ketika PKP, kerana “No One Should Go Hungry”. Sejak PKP pertama dikuatkuasakan, mereka telah bekerjasama dengan lebih 130 NGO di seluruh Malaysia untuk menyedia keperluan asas dan menyalur bantuan kepada 60,000 keluarga yang memerlukan. Makan Kongsi 2.0 komited untuk menyalurkan 100% daripada derma yang diterima untuk membantu masyarakat yang memerlukannya.

#KitaFeedKita - Grab Menyatukan Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan

Cara-cara pengguna boleh membantu pelbagai komuniti menerusi #KitaFeedKita: 

  • Grab akan memadankan sumbangan mata ganjaran GrabRewards Points

Pengguna boleh memilih untuk menderma GrabRewards Points mereka kepada MakanKongsi 2.0 yang diguna untuk menyedia dana kepada usaha mereka. Grab pula akan memadankan mata ganjaran yang didermakan dan menyalurkan kepada kempen dan usaha yang bersesuaian. 

  • Grab menyedia diskaun kepada organisasi menerusi penghantaran dengan GrabExpress

Grab menawarkan diskaun kepada mana-mana badan NGO dan korporat yang mengendali usaha sendiri bagi menyedia bekalan untuk diagih kepada golongan yang memerlukan. Mereka boleh berhubung dengan Grab di (SINI) untuk memperoleh kod promo bagi penghantaran besar mengguna perkhidmatan “GrabExpress Instant” (kereta atau MPV).

  • Menderma makanan dan keperluan harian melalui e-dompet GrabPay

Pengguna boleh berderma wang tunai mengguna dompet GrabPay yang akan disalurkan terus kepada MakanKongsi 2.0 bagi menyumbang dana kepada usaha menyedia makanan dan bungkusan keperluan asas harian.

Lain-lain NGO pada katalog GrabRewards yang boleh dibantu oleh para pengguna adalah: 

  • PERTIWI Soup Kitchen yang ditubuhkan bagi menyedia makanan berkhasiat kepada golongan memerlukan. Khidmat masyarakat ini diuruskan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), yang merupakan antara NGO paling lama beroperasi di pelbagai kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
  • The Lost Food Project (TLFP) adalah organisasi bukan meraih keuntungan yang berusaha membina masa depan mampan dengan cara menghindar makanan berlebihan daripada dibuang ke pusat pelupusan sampah, sebaliknya disalurkan kepada pihak yang benar-benar memerlukan. 
#KitaFeedKita - Grab Menyatukan Rakyat Malaysia Untuk Menghulurkan Bantuan

Sebelum ini, Grab telah membantu pelbagai komuniti dan kempen seperti Fugee School, Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dan WWF dengan menggalakkan pengguna menderma GrabRewards Points untuk memenuhi usaha murni masing-masing. Pada 2020, bersama dengan pengguna Grab dan derma daripada pekerja Grab, Grab membantu 20 NGO yang tersenarai dalam katalog GrabRewards. Usaha ini berjaya menghimpun 13 juta mata ganjaran GrabRewards daripada para pengguna, dan Grab memadankan sebahagian daripada sumbangan tersebut untuk diagih bagi memenuhi kempen bantuan sedia ada.

Untuk keterangan lanjut mengenai #KitaFeedKita, sila klik sini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice Tulis Catatan Terakhir, Akaun Instagram Mungkin Kena Padam Hanya 1 Sebab

Tular Foto Mengait Ketika Olimpik, Rupanya Tom Daley Hadiahkan Kepada Atlet Malaysia