in

Sekitar Kemeriahan Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara telah berlangsung pada 4 November 2017 di Pekarangan Stadium Shah Alam dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai 15,000 pengunjung telah membanjiri lokasi Pentas Kita Juara. Sepanjang siri jelajah Pentas Kita Juara yang diadakan di Karnival Jom Heboh (Bukit Jalil, Kedah, Melaka,Terengganu dan Johor Bahru), sambutan hangat diterima dalam pertandingan Street Soccer 3 lawan 3. Namun, hanya beberapa pasukan berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini.

Nasib menyebelahi pasukan SS Five FC telah memenangi pertandingan Street Soccer 3 Lawan 3 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 3000! Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Bukit Kecil FC, membawa pulang RM1500 dan pasukan Hyper Rich A beroleh tempat ketiga dengan hadiah sebanyak RM 800. Pertandingan Street Soccer 3 lawan 3 Pentas Kita Juara diadakan seiring dengan hari perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, Johor Darul Takzim menentang pasukan negeri Kedah, yang mana pasukan Johor Darul Takzim merangkul kejuaraan dengan jaringan dua berbalas kosong.

Pentas Kita Juara

15,000 PENGUNJUNG MEMERIAHKAN PENTAS KITA JUARA!

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari dengan gelagat pelawak Faiz Tapaw, Kieran dan Aina Suzaily. Pemenang Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri juga membuat penampilan khas di Pentas Kita Juara dengan trofi yang dimenangi beliau. Tidak ketinggalan juga bekas pemain bola sepak pasukan Kedah, Akmal Rizal turut ditampilkan bagi memeriahkan acara di lokasi.

Selain menjadi penyiar rasmi kepada liga bola sepak tempatan seperti Piala Malaysia dan Liga Super, pentas #KitaJuara anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif kami dalam menyokong pembangunan bola sepak negara dan menjadi saluran untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan peserta Street Soccer 3 lawan 3.

Pentas Kita Juara

Antara aktiviti-aktiviti menarik di Pentas Kita Juara ialah Pana one on one, Face Painting, Celebrity Fun Game, Cheerleaders dan Borak-borak Bola bersama pemain bola sepak serta selebriti tempatan. Rekod Juara Timbang telah dipecahkan oleh Muhd Anwarul Hakim dari Pahang dengan timbangan sebanyak 36, 000 sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.

Rumah Penyokong atau Markas Gempita Kedah dan JDT turut disediakan bagi penyokong yang hadir awal ke stadium dan dihias menyerupai bilik persalinan dengan pelbagai aktiviti poket untuk disertai.

Aktiviti yang mendapat sambutan paling hangat oleh pengunjung iaitu Lawan Sorak antara dua pasukan telah diadakan secara lintas langsung di TV3 pada pukul 4.00 petang bagi menunjukkan semangat pemain ke-12 dan ia adalah signifikan kepada pertembungan antara 11 pemain pasukan masing-masing. Aktiviti ini juga telah dikongsikan secara digital di Instagram @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah telah disiarkan secara esklusif bermula jam 8.30 malam di TV3 bersama pengulas sukan Abu Bakar Atan dan Lim Chan Yew. Jika terlepas menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www.tonton.com.my.

Muat turun aplikasi mudah alih Kita Juara untuk mengikuti perkembangan terkini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 dan TV9 iaitu @TV3Malaysia @TV9Malaysia

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Pentas Kita Juara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sangat Perfect, Ed Sheeran Lancar Muzik Video Terbaru Single PERFECT

Ada Sebab Sia Perkenal Lagu SNOWMAN Penghujung 2017