in , ,

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

Dua naskhah drama bersiri terbaharu menjadi taruhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mana kedua-duanya bakal menemui penonton mulai Februari ini menerusi saluran TV Okey.

Kekuatan plot cerita kekeluargaan dengan barisan mantap pelakon yang terlibat membintangi dua drama bersiri ini melengkapkan lagi persoalan mengapa anda tidak seharusnya terlepas peluang menyaksikannya di TV Okey.  

Menerusi “Kisah Mr. Cinderella” yang bermula siarannya pada 7 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 petang menonjolkan cerita pemuda bernama Affan yang tinggal bersama ibu dan dua abang tirinya yang sering membuli dirinya. Namun Affan seorang yang penyabar dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga. 

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

Dek kerana ingin menunaikan amanah bapanya, Affan terpaksa untuk mengorbankan cita-citanya untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik. Drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon utama Hafeez Mikail dan Reen Rahim selain turut dibantu Amyza Aznan, Kodi Rasheed, Jaa Suzuran dan Ikmal Amry. 

Nantikan juga drama romantik komedi “Rudy vs Jolie” yang menampilkan gandingan Aidit Noh dan Nadia Brian dalam drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua, terbitan Tanah Beris Film Production.

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

“Rudy vs Jolie” yang menemui penonton mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam pula tampil dengan jalan cerita bermula dari cabaran seorang teman yang akhirnya menjadi sebuah percintaan indah. Kisah Jolie seorang kaunselor yang baru kehilangan kekasih dan bertekad untuk tidak bercinta lagi dengan mana-mana lelaki sehinggalah berjumpa Mr R yang berjaya mengubah keadaan. 

Konflik tercetus apabila kedua-duanya terlibat menjadi mangsa program realiti blog dan vlog serta umpan kepada sahabat baik Mr R. lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini?  

Drama ini turut menampilkan pelakon Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Kak Girl, Rashdan Baba, Amyza Aznan, Syakila, dan Serra Kamal. 

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM
Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM
Kisah Mr Cinderella & Rudy vs Jolie Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elisya Sandha Akui Uzair Cinta Pertama, Bertanggungjawab & Utamakan Keluarga

“I’m Not In A Good Situation,” – Haqiem Rusli Mohon Maaf, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?